Allahuakbar. GambarGambar Terkini Kawasan Sri Muda Buat Orang Ramai Seb4k Nak Tengok

Sejak beberapa hari lalu Hujan turun tanpa henti mengakibatkan banyak kawasan di Shah Alam,Klang dan pada admin paling teruk terkesan Di Sri Muda. Sejak Malam tadi air mula surut, dan mangsa2 banjir cuba untuk pergi melihat sendiri keadaan selepas air surut.

“Ya Allah” tak de perkataan yang boleh diungkap selepas tengok kesan selepas banjir. habis kenderaan2 mereka. Tak tahu nak dinilai lagi kerugian yang mereka tanggung

Sedih tengok dengan keadaan ni

Admin Harap Kerajaan Dapat Beri Bantuan yang secukup nya pada mereka.

Dalam pada tu admin nak cerita

Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan yang sanggup datang dari Melaka bersama Perodua Viva yang membawa bot persendirian untuk tampil sama-sama membantu mangsa banjir.

Banjir yang sedang melanda di beberapa negeri ketika ini dilihat agak buruk kerana air naik mendadak hingga ramai yang tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Bukan itu sahaja, mangsa-mangsa juga terperangkap setelah air naik sehingga melepasi tahap bahaya. Operasi menyelamat turut mengalami kesukaran terutamanya di sekitar Selangor susulan bekalan elektrik terputus dan kesukaran bot memasuki kawasan perumahan.

Namun begitu, inisiatif daripada badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji kerana sama-sama berganding bahu memberi bantuan.

Perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter dikenali sebagai @KulupKudin telah tular apabila memuat naik gambar Abang Azwan yang gigih membawa botnya dari satu kawasan ke kawasan lain yang memerlukan bantuan.

Difahamkan, dia telah ke kawasan-kawasan terjejas seperti di Shah Alam, Puchong dan seterusnya ke Sri Muda untuk sama-sama memberikan bantuan menyelamat

Akan beri duit sumbangan kepada yang lebih perlu
Terkesan dengan kebaikkan Abang Azwan, ramai pihak yang mahu menghulurkan sumbangan kepadanya untuk minyak kereta, petrol atau apa-apa yang mampu meringankan beban lelaki itu ketika operasi menyelamat.

Namun, apa yang lebih mengharukan adalah Abang Azwan atau nama sebenarnya Azwan bin Omar memaklumkan yang dia melakukan perkara tersebut dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran.

Tak perlu kereta mewah, naik Viva je

Tindakan murni lelaki tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata begitu sebak dengan apa yang dilakukan dan mendoakan agar Abang Azwan diberi keselamatan semasa menjalani operasi menyelamat serta segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Admin sempat juga tengok di faceb00k peribadi, Abang azwan sempat selfie dengan bot nya.

Terbaik abang Azwan.  Jom gais Kita kasi tul4r sikit Abang Hero kita ni. Komen sikit geng

Sumber/Kredit : tiga minit

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*