“Semua Dah Kaya Raya Tetapi Masih Gila Kuasa. Ada Juga Aku ‘Backhand’ Sorang Sorang” – TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sememangnya terkenal dengan sifat lantangnya dalam bersuara dan memberi pendapat.

Setiap perkongsiannya di laman sosial sama ada Facebook, Twitter atau Instagram pastinya akan mencuri perhatian ramai.

Terbaharu, Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali dengan panggilan TMJ menulis satu status di akaun Instagramnya seakan memberi ‘amaran’ buat pemimpin politik tanahair.

Menurut TMJ, dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, pemimpin seharusnya berusaha membantu rakyat dan bukannya sibuk bercakaran dan berebut kuasa.

” Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

” Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku “backhand” sorang-sorang,” tulis TMJ

Bagaimanapun TMJ tidak menyatakan secara khusus kepada siapa kata-katanya itu ditujukan.

Namun berdasarkan ayatnya itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin politik tanahair.

Kebetulan pula semalam berlaku dua perkara yang sememangnya jelas terdapat unsur ‘berebut kuasa’ seperti yang disebut TMJ.

Jika diteliti kepada perkembangan politik semasa, terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan TMJ menulis status berkenaan.

Isu perebutan kuasa di Sabah

Pertamanya ada isu perebutan kuasa di Sabah di mana Musa Aman dan 32 Adun mencabar pembubaran DUN Sabah.

Tindakan itu diambil selepas Musa gagal dalam cubaannya menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

Shafie sebelum itu mengumumkan DUN dibubarkan atas persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

Kemuncaknya hari ini, Musa Aman mengetuai 32 Adun lain mengemukakan saman ke atas Tun Juhar.

Isu penubuhan parti baharu Tun M

Kemungkinan kedua yang membawa kepada status yang ditulis TMJ itu merujuk kepada pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu, yang juga berlaku hari ini.

Ramai yang mempersoalkan tindakan Tun M menubuhkan parti baharu, dengan mengatakan bekas perdana menteri itu masih bercita-cita dalam politik.

Sebaliknya, Tun M menjelaskan parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.

Tambah Tun M lagi, matlamatnya masih bertujuan ‘menghapus rasuah dan kleptokrasi’ dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu ‘berasas semangat, bukan duit’.

Untuk rekod, TMJ dan Tun M pernah beberapa kali berbalas kenyataan di media kerana perbezaan pendapat.

Sekitar April 2019, TMJ mengatakan beliau bersedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

Dalam ciapan di laman Twitter peribadinya, Tunku Ismail ‘mempersilakan’, Tun M yang ketika itu bergelar Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Sumber: Jiran Cakap, Jemputbaca

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*