Ibu Kepada Wanita Hamil Positf Covid Tampil Bersuara, Ada Sebab Kenapa Anaknya Pulang Ke Kampung

Ibu kepada wanita hamil yang positif Cov-19 dari Kuala Krai, Kelantan, mempertahan kepulangan anaknya dan merayu supaya orang ramai tidak terus mngecaam tindakan anaknya yang pulang ke kampung.

Norazlina Abdul Rahim, 50, berkata anak perempuannya itu pulang ke kampung bukan untuk sambut Aidilfitri sebaliknya untuk bersalin susulan sedang hamil 35 minggu.

“Tolonglah jangan kecaam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.

“Menjadi kesukaran untuknya bersalin di Ampang, Kuala Lumpur kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil yang berusia tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang wanita disahkan positf Cov-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positf Cov-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Sementara itu Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijangka bersaliin pada 19 Jun nanti.

Jelasnya sejak isu anaknya tular di media sosial, ramai netizen yang bertindak mengecaam tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecaam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga nyahaktifkan akaun Facebook. Kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaaman itu.

“Saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Dalam perkembangan itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata wanita berkenaan berada dalam keadaan stabil.

‘Kami maafkan semua kecaman warganet’

“Kami maafkan dan halalkan semua kecaaman warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mengndung.

Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mengndung yang dikecaam warganet selepas disahkan positf wbak Koronavrus (Covid-19).

Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.

Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positf Covi1d-19.

“Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (Cov1id-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.

“Sekiranya saya tahu dia positif Covid-19 sebelum pulang ke kampung. Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.

Dia berkata, lebih mengejutkan kecaman yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.

Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kecaaman tersebut.

“Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.

“Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh. Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.

Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu.

MUSANGVIRAL

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*