Adakah Lelaki Ini Pemilik Sebenar Kerajaan Malaysia

MELAKA – Seorang lelaki di sini mengaku mendakwa dirinya mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.

Individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46, dan mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain turut memiliki seluruh kekayaan di negara ini serta mempunyai kaitan dan kepentingan di beberapa negara di dunia.

Malah Ahmad Abdul Kadir mendakwa beliau turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand.

“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini. Biarpun hakikatnya sudah diambil alih namun kini baharu saya menguar-uarkannya. Cuma masalahnya ia dinafikan oleh politik di negara ini sejak dahulu.

“Saya sudah bergerak menuntut hak saya sejak lima tahun lalu iaitu semenjak Oktober 2013 malah pernah menyatakan hasrat untuk menemui kesemua raja-raja di negara ini serta Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad namun tidak dilayan,” katanya dalam sidang media itu yang turut diiringi beberapa pengikut di sebuah inap desa di Sungai Rambai, hari ini.

Beliau turut mengadakan majlis suai kenal bersama puluhan mengikut termasuk dihadiri kerabat diraja.

Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu berkata, beliau ada menyimpan banyak alat kebesaran terutama keris kebesaran di raja termasuk Keris Sempena Riau, Keris dari Bukit Siguntang, Pedang Hang Li Poh, Jade Tujuh Naga, Pedang Cheng Ho dan pinggan di zaman Dinasti Ming.

Dakwanya lagi, kesemua sultan dan ahli politik di negara ini sudah hilang status kerakyatan dan mendakwa pernah mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia berikutan kuasa yang ada kini sebagai tidak sah.

“Saya tidak perlu ditabalkan sebagai sultan sebab saya sudah tersedia menjadi sultan. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak namun mempunyai lebih ramai pengikut di sebelah selatan negara ini.

“Saya juga adalah simbol semua bangsa meliputi Melayu, Cina, India, Arab serta Yahudi. Saya adalah tuan punya negara Malaysia atau Tanah Melayu,” katanya.

Tambahnya lagi, kewujudannya adalah bertujuan untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia bagi mengembalikan kegemilangan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang saya perjuangkan adalah bukan untuk diri saya sendiri tetapi adalah untuk semua rakyat di negara ini.

“Saya hanya menuntut hak saya dan bukannya hak orang lain,” katanya.

PART 2: Pendedahan oleh SULTAN BERPERLEMBAGAAN SEBENAR YANG TELAH DINAFIKAN HAK – Tuanku Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain(SSAAKIDZ)Pendedahan oleh SULTAN BERPERLEMBAGAAN SEBENAR – TUANKU SSAAKIDZPetikan Ucapan Tuanku SSAAKIDZ di Hari Perjumpaan Keluarga SSAAKIDZ @ Sg Rambai Melaka pada 09.12.2018Sejarah diri, perjuangannya menuntut HAKnya yang dinafikan dan pembongkaran penipuan dan kebejatan pemimpin dan parti politik tanahair sejak negara merdeka. ( PART 2 )Kredit – banyu suamhttps://youtu.be/9nwhRfEaGho

Posted by Lemuria Pohnpei on Thursday, January 3, 2019

Ahmad menunjukkan Keris Sempena Riau yang dimilikinya.
Ahmad bersama salah satu dokumen mengenai pemilikan asetnya di luar negara.
Ahmad bersama salah satu dokumen mengenai pemilikan asetnya di luar negara.

‘Ketua negara’ disiasat polis

LELAKI mendakwa dirinya sebagai ‘ketua negara’, akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kenyataan dikeluarkan lelaki berusia 47 tahun itu yang dibuat dalam satu sidang media di Jasin, hari ini.

“Tangkapan ke atasnya juga akan dilakukan sebaik keterangan di bawah Akta Hasutan diperoleh.

“Saya juga sudah arahkan laporan polis dibuat daripada maklumat diterima ketika sidang media yang dilakukan oleh individu itu pagi tadi.

“Selain itu, (polis akan) memanggil semua individu yang hadir pada majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika berlangsungnya sidang media oleh lelaki terbabit, terdapat unsur-unsur menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan menghasut rakyat melalui media supaya menyokong tuntutannya.

Terdahulu, dalam satu majlis di sebuah inap desa di Parit Penghulu, Sungai Rambai, di Jasin, individu dipercayai menggunakan gelaran ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain’ mendakwa pemilik sebenar kerajaan Melayu dan pemerintah negara ini.

Malah, lelaki itu turut mendakwa mempunyai harta kekayaan dan wang tunai bertrilion dolar serta memiliki semua kekayaan di negara ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 20 pengikut Ahmad Abdul, selain dia turut menunjukkan keris dan pedang serta arca kaca yang didakwa sebagai alat kebesarannya.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*