Adakah List Nama Penceramah Digam Bermula 2019 Adalah Benar? Ini Kenyataan Dari Mujahid

SHAH ALAM – Senarai nama penceramah yang didakwa bakal digam daripada muncul di TV dan radio bermula bulan depan tersebar.

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada meluahkan perasaan sedihnya atas perkhabaran itu.

“Dengor khabarnya teman (saya) dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di TV dan radio. Sedihnya, nak nangis pula rasanya.

“Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji dakwah jalan terus yang sedihnya bagi yang menyekat itu, apa lah nak dijawab di hadapan ALLAH SWT apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah ALLAH..

“Lepas ini nak buat kerja apa ya?,” tulisnya di Facebook, malam tadi.

Nama Mohd Kazim di tempat kedua selepas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani diikuti Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.

Sementara itu, PU Syed akui tidak kisah sekiranya disekat muncul di kaca TV dan corong radio.

“Ambe (saya) tak kisah jika disekat untuk ke udara di TV atau Radio milik kerajaan atau swasta. Zaman ini siaran langsung kita boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan di mana jua.

“Kenapa nak bersedih? Relaks-relaks saja. Ambe disekat kerana tegur kerajaan jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai,” katanya.

Malah katanya, beliau sering berdepan ‘dibuang’ daripada mengajar di masjid ketika zaman BN lagi.

Namun beliau tidak takut kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian diterima para anbiya.

“Ambe sejak zaman BN memerintah, jika ada salah, ambe akan tegur dan ambe tak takut.

“Mungkin mereka tak tahu bahawa ujian terhadap usaha dakwah para anbiya lagi dahsyat sehingga ada yang dibunuh oleh kaumnya.

“Jadi apa yg berlaku ini hanya kemuncup yg melekat dan boleh dibuang begitu sahaja. Ambe bukan kumpul harta melalui denai dakwah ini cuma mencari reda ALLAH untuk bekalan di Akhirat sana,” katanya. (Sumber : Sinar Harian)

Tiada Arahan Larang Penceramah Agama Keluar Tv, Radio – Mujahid

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa pihaknya menyekat penceramah tertentu untuk muncul di televisyen dan radio.

Sejak semalam, tular senarai 10 penceramah didakwa tidak digalakkan berceramah di televisyen dan radio mulai Januari tahun hadapan.

Antara yang tersenarai adalah Ustaz Ahmad Dasuki, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

“Penceramah dan pengkuliah yang mahu muncul di TV di dalam program kita mestilah memahami tiga teras yang kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita mengalu-alukan, kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat content (isi),”katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

“Maknanya dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita alu-alukan, kita bukan hanya nak sekat orang kerana kita tidak suka pada dia tetapi lebih kepada kita melihat ‘content’ (kandungan).

“Tetapi setakat soalan tentang ‘list’ (senarai) secara rasmi disebut orang-orang begini, jangan diberi ruang, setahu saya daripada pejabat saya tidak ada, kalau dia viral untuk timbul keraguan atau provokasi, saya tidak tahu,” katanya.

Beliau ditemui selepas Pidato Presiden pada Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) 2018 di Hotel Casuarina @ Meru di Ipoh, hari ini.

Mujahid turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengganggu periuk nasi mana-mana penceramah yang ingin menyampaikan ilmu dan menasihatkan supaya mereka tidak menjaja agama untuk mencari rezeki.

Beliau turut menegaskan agar perkara itu tidak ditularkan tanpa asas semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan provokasi terhadap PH.

“Seperti saya katakan selagi tidak menggangu tiga teras itu, kita (JPM) tidak pernah ada mengeluarkan arahan mahupun sekarang ini kita rasa ada sesetengah ustaz yang tidak memberi pandangan yang baik tapi kita tidak pernah menyekat,” katanya.

Artikel By KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*