Adegan Seorang Orang Asli Memeluk Erat DS Najib Razak Menarik Perhatian Warganet. Ini Pula Respond Najib

SHAH ALAM – Perkongsian sekeping gambar, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaparkan adegan seorang lelaki masyarakat Orang Asli memeluk erat beliau menarik perhatian ramai warganet.

Perkongsian menerusi Facebook rasmi Najib Razak itu turut menyertakan kapsyen pada ruangannya statusnya berbunyi, ‘Ini dah kenapa’.

Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini.

Beliau turut menyelitkan emoji ketawa, sebagai tanda gurauan.

Coretan Apandi Yusof pada ruangan komen Facebook Najib, lelaki itu rindu dengan bekas Perdana Menteri keenam itu.

Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini. Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini. Foto: Sharifudin Abdul Rahim

“Rindu dengan Datuk Seri Najiblah tu, terbaik bosku,” komentarnya.

Sementara itu menurut, Putera Daeng Hakimi pelukan itu sebagai tanda lelaki itu merindui ‘sesuatu’ daripada pemerintahan Najib.

“Dia rindu BRIM, bantuan sekolah, bantuan raya, rindu bantuan musim tengkujuh, I Love U Datuk Seri Najib,” katanya.

Dalam pada itu menurut, Laila Tan pula berkata, perasaannya bercampur baur tatkala menatap gambar berkenaan.

“Perasaan saya bila tengok gambar ini, saya turut tersenyum tapi dalam masa yang sama saya rasa sebak, hanya ALLAH yang tahu keikhlasan di dalam hati hamba ALLAH yang memeluk erat Datuk Seri Najib itu, semoga ALLAH merahmati,” katanya.

Alexander Laing Wan Aku tak pernah taksub dgn pemimpin atau parti. Cuma aku berpendapat..DS Najib adalah PM terbaik yg pernah ada…walaupun bukan sempurna. Idea beliau untuk penambahbaikan ekonomi malaysia amat baik. Rakyat bawahan terima pelbagai bantuan agar rakyat punya tunai untuk berbelanja..Yg akan menguntungkn peniaga.Terima kasih Tun Najib ! Ahhh..peduli apa aku,fossil hidup tu dibagi gelaran Tun apalah sgt jasa dia selain peristiwa 98 dan kerugian negara..

Jack Ft Rogerz Tanda tanda bila cinta didusta

1)Hati mula gelisah
2)Hilang kekasih hati
3)Hidup jadi merana

Najib hari ini turun ke Cameron Highlands untuk beramah mesra bersama penduduk di sana, beliau turut menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Raja Cameron Highlands.

Ini dah kenapa 😂

Posted by Najib Razak on Thursday, January 17, 2019

Ahli Parlimen Orang Asli pertama jika calon Barisan Nasional menang.

Takkan lah DAP tak sokong. Kata sayang Orang Asli.

Ahli Parlimen Orang Asli pertama jika calon Barisan Nasional menang.Takkan lah DAP tak sokong. Kata sayang Orang Asli.

Posted by Najib Razak on Thursday, January 17, 2019

Lim Kit Siang kata kalau berani jumpalah orang asli.

Okay, saya jumpa.

Saya rasa masyarakat Orang Asli tahu siapa yang mereka boleh percaya dan mahu untuk wakili mereka.

Sumber : Facebook Najib Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*