‘Adik Nak Pergi Dulu’ – Calon SPM Berubah Laku, Suka Berkurung, Pergi Selamanya Bersama Bapa

Ajal tidak akan lewat atau cepat walau sesaat. Kita sebagai hamba-Nya perlulah reda dengan ketentuan yang telah ditakdirkan. Namun, bukan senang untuk menerima hakikat, apatah lagi apabila membabitkan kehilangan secara tiba-tiba.

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijemput 4jl ketika dalam perjalanan ke sekolah bersama bapanya membuatkan sekeluarga luluh menerima berita tersebut.

Dilanggar bas dari belakang

Lapor Harian Metro, kejadian berkenaan membabitkan Muhammad Adam Shamsul Sharil, yang disahkan meningg4I dunii4 di hospital, manakala bapanya yang menunggang motosikal, Syamsul Shahril Abd Rahman,m4ut di tempat kejadian.

2 beranak itu dalam perjalanan menghantar Muhammad Adam ke sekolah bagi menduduki peperiksaan itu di Jalan Teluk Air Tawar, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor berkata, hasil siasatannya pihaknya, bas Rapid Penang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun datang dari arah sama dengan mgs4.

Ketiga-tiga mereka datang dari arah Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar dan sebaik sampai di lokasi kema4la4ngan, motosikal dinaiki dua mgs4 yang berada di lorong kiri mengubah haluan ke kanan dan masuk ke laluan bas. Pemandu bas gagal mengelak mgs4 sebelum melngga4r belakang motosikal mereka.

Berubah sikap, suka berkurung

Abang sulung mgs4, Muhammad Arif Syamsul Shahril berkata, adiknya bertukar dari seorang periang berubah perangai sejak minggu lalu dan sering berkurung. Malahan adiknya juga ada meninggalkan pesan yang tidak disangka menjadi petanda pemergiannya.

Jaga mak baik-baik, adik nak pergi dulu.

Ujar Muhammad Arif lagi, dia tidak menyangka perubahan sikap adiknya itu kerana beranggapan mungkin adiknya perlu menumpukan perhatian untuk peperiksaan besar itu.

Saya memang tidak ada rasa apa-apa dengan sikapnya yang agak pendiam kerana tahu dia sedang fokus belajar apatah lagi hari ini akan menjawab kertas bagi subjek biologi.

Tetapi tidak menyangka berlaku perkara sebaliknya apabila saya mendapat panggilan daripada ibu memaklumkan bahawa ayah dan adik sudah tiada kerana terbabit kemalangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*