
Minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan akan disambung sehingga 28 April 2020.
Susulan daripada itu, rakyat Malaysia diminta terus mematuhi peraturan dengan tidak keluar kemana-mana tanpa sebarang urusan mustahak.
Ronda lihat lalu lintas sekitar KL
Oleh hal yang demikian, malam tadi, KDYMM Baginda Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah melakukan pantauan lalu lintas sekitar Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dimuat naik oleh Instagram rasmi Istana Negara dengan kelihatan KDYMM baginda Agong memakai penutup mulut disamping melihat keadaan sekitar menerusi dalam kenderaan.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera.
Puas hati dengan kerjasama rakyat
Baginda juga turut menyatakan rasa puas hati dengan keadaan semasa apabila rakyat Malaysia dilihat bekerjasama dan mematuhi PKP fasa ke-3 ini dengan menunjukkan isyarat tanda bagus.
Dalam pada itu juga, KDYMM Agong ada menzahirkan rasa sokongan terhadap inisiatif kerajaan dengan mengumumkan pertambahan lagi tempoh PKP ini menuju ke fasa tiga bagi memastikan pendemik Covid-19 terus menurun.
Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.
Istana Negara, Hiburan Terkini
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply