“Assalamualaikum semua. Ada yang rindu Ainul Mardhiah tak ni?” Ainul Mardhiah Sudah Mula Memahami Kata-kata Mamanya

Rasanya tidak lengkap jika tiada berita terbaru mengenai bayi kesayangan negara iaitu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Kisah kanak-kanak comel ini yang pernah mendapat liputan meluas di seluruh negara ketika berada di London untuk pemb3dahan membuang ketumbvhan di mulutnya .

Berkat doa serta usaha semua pihak, Ainul Mardhiah kini sudahpun menginjak usia satu tahun lebih dan semakin sihat hari demi hari.

Menerusi Instagram ibu kepada bayi kesayangan semua itu, Ainul sudah pun pandai duduk dan semakin aktif bermain. Walaupun pergerakkannya masih agak terhad, namun ia tidak menghalang untuk dia bergurau dengan mama serta walidnya.

Ibu Ainul, Nurul Erwani juga sempat meninggalkan kapsyen menyatakan kondisi Ainul di postingnya yang terbaru serta bertanyakan kepada warganet sama ada merindui bayi comel itu ataupun tidak.

Assalamualaikum semua. Ada yang rindu Ainul Mardhiah tak ni. Alhamdulillah Ainul sihat sihat je ni. Banyak dah akal Ainul sekarang.

Salam rindu pada semua

Menerusi video itu juga terlihat Nurul Erwani bergurau dengan anak sulungnya dan seakan Ainul Mardhiah sudah mulai memahami kata-kata mamanya.

Sehubungan dengan itu, ruangan Instagram Erwani penuh dengan komen-komen daripada warganet yang terhibur melihat telatah Ainul.

Mereka juga seperti biasa tidak putus mendoakan agar kesihatan adik Ainul kembali seperti sedia kala dan membesar menjadi seorang yang baik serta solehah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : KL Press via Metro Kini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*