Akhirnya CEO Prasarana Buka Mulut ‘Bersuara’ Tentang Salah Seorang Mgsa Nahas LRT Minta Pampasan RM1.8Juta

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah mengesahkan bahawa mereka sudah menerima notis tuntutan daripada peguam yang mewakili Wong Chee Foong, seorang daripada penumpang yang terkesan akibat pelnggaran tren sistem transit aliran ringan (LRT), awal minggu lalu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Norlia Noah berkata, Prasarana menerima notis itu hari ini dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik Prasarana untuk pertimbangan sewajarnya dan tndakan segera.

“Kebajikan penumpang kami terus menjadi keutamaan. Prasarana dari semenjak mengetahui in.siden itu mengambil langkah segera untuk sama ada menghubungi penumpang terbabit atau ahli keluarga mereka.

“Kami memahami En Wong kini masih menjalani ra.watan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ihsan kepada beliau akan disampaikan sebaik sahaja keadaan sesuai untuk berbuat demikian. Kami memberi jaminan perbelanjaan perubatan untuk pembe.dahan dan rawatan lain di Hospital Kuala Lumpur akan ditnggung sepenuhnya oleh Prasarana dan kami mendoakan supaya En Wong segera sembuh,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan keluarga mangsa nahas LRT itu menghantar notis tuntutan kepada Prasarana, meminta pengendali perkhidmatan rel itu memba.yar RM1.8 juta pampasan dan ganti rugi kecuaian di atas kece.deraan yang dialaminya.

Tuntutan berkenaan merangkumi perbelanjaan bagi perubatan, kece.deraan fizikal, tekanan men.tal dan emosi, tra.uma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan am atas kecuaian yang berlaku.

Norlia juga berkata, Prasaran sudah mula melakukan pemba.yaran sumbangan ihsan seperti yang diumumkan semasa sidang akhbar pada 25 Mei lalu.

“Ini merupakan sumbangan ihsan sekali bayar kepada semua 213 penumpang terbabit dan akan dibayar sebaik sahaja butiran penumpang diperoleh dan disahkan. Setakat ini 31 penumpang sudah tampil untuk menerima bantuan itu,” kata beliau.

Tambahan pula, syarikat itu juga sudah menghulurkan sumbangan ihsan dalam bentuk bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan dan rawatan susulan selain daripada menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua penumpang yang terbabit dalam nahas itu.

Dalam kejadian 8.33 malam, 24 Mei itu, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Pada keesokan harinya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata siasatan awal mendapati n4has itu antaranya disebabkan kecuaian pemandu salah sebuah tren itu yang memandu di arah yang salah.

Prasarana sebelum itu mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan khas RM1,000 dan bantuan lain kepada semua mangsa nahas itu.

Kredit:HMetro via ASN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*