Akhir Presiden UMNO Zahid Hamidi Mengalah Dan Ini Yang Beliau Lakukan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu “UMNO bangkit’.

Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu “UMNO bangkit’.

“UMNO boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan dan bersatu pemikiran dalam sebuah pasukan UMNO yang diperkasakan.

“Saya merasa keresahan segelintir pemimpin UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti yang saya alami.

“Demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan di semua peringkat terutama Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO bahagian, langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berharap, semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan sepimpinan di peringkat akar umbi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti.

“Saya juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN,” jelasnya.

Zahid serah tugas: ‘Did the right thing’, kata Khairy

Zahid serah tugas: 'Did the right thing', kata Khairy

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tindakan yang tepat.

Khairy berkata berkata Ahmad Zahid telah melakukan perkara yang betul dengan menyerahkan tugasnya.

Melalui laman Twitter rasmi beliau, Ahli Parlimen Rembau itu berkata Ahmad Zahid telah melakukan perkara yang betul dengan menyerahkan tugasnya.

“(Zahid) lakukan perkara yang betul. Terima kasih,” katanya dalam catatan tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada Mohamad berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu “UMNO bangkit’.

Khairy sebelum ini pernah mendesak Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur, ekoran semakin ramai Ahli Parlimen mereka bertindak meninggalkan parti itu.

Selain itu, beliau turut menggesa agar pemilihan parti baharu diadakan secepat mungkin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*