Akhirnya Aishah Sinclair Meluahkan Sesuatu Tentang Ashraf Dan Ini Janji Aishah Pada Abangnya

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair ataupun lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair, telah merentap jiwa ramai dengan berita pemergiannya menghadap ilahi pada selasa lalu (18 Fabruari 2020). Ashraf Sinclair telah pergi di Jakarta ketika sedang tidur.

Sudah semestinya berita ini telah memberikan satu kejutan buat rakyat Malaysia dan juga Indonesia, kerana boleh dikatakan ia satu pemergian yang amat mengejut. Pemergian ini juga memberikan satu tamparan yang hebat buat isterinya, Bunga Citra Lestari dan juga seluruh ahli keluarga serta teman rapat Ashraf Sinclair sendiri.

“ Dulu jadi penjaga, sekarang menjaga saya…”

Selepas pemergian abangnya, Aishah Sinclair dilihat memuat naik entri di laman Instagram miliknya untuk Ashraf Sinclair. Semalam, Aishah Sinclair dilihat memuat naik posting yang kedua tentang memori bersama abangnya dan isi hati mengenai keperibadian abangnya itu.

“ You gave me an amazing sister-in-law and nephew, and I promise I will do my best to look out for them…”

“ Ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun…”

Boleh dilihat melalui penulisan Aishah Sinclair mengenai Ashraf, dia sememangnya merupakan seorang abang yang penyanyang untuk adiknya itu. Ashraf Sinclair sentiasa disisi adiknya untuk apa sahaja keadaan dan sentiasa mendorong Aishah sepanjang mereka membesar bersama-sama.

Entri memaparkan foto Ashraf dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.

Saya akan jaga mereka sebaik mungkin

Lebih menyentuh hati lagi, Aishah Sinclair berjanji akan sentiasa menjaga dan melindungi kakar ipar dan anak sedaranya iaitu Bunga Citra Lestari dan juga Noah Aidan Sinclair.

Aishah juga meluahkan rasanya kerana tidak dapat berbual, bergurau senda serta memeluk abangnya buat kali yang terakhir.

Aishah yang mendapat tahu berita pemergian Ashraf kira-kira 10 minit sebelum ke udara di konti stesen radio Mix FM, Selasa lalu, sedih Ashraf terlalu cepat men1nggaIkan semua orang.

Al Fatihah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: OhMyMedia/AishahSinclair

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*