Akhirnya Annuar Musa dipecat. Ini sebab beliau dipecat

Foto: MOHD SAHAR MISNI/The Star

Annuar mengesahkan bahawa dia telah dipecat oleh ketua Barisan Nasional dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BARISAN Nasional (BN) memecat Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa pada Selasa.

Ketua Umno Bahagian Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan itu mengesahkan bahawa dia telah dipecat oleh ketua Barisan Nasional dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemecatan Annuar berlaku ketika Umno menghadapi pergolakan ketika pemimpin tertinggi Umno dan ketua bahagian berpecah sama ada parti itu harus terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Annuar dilihat memperjuangkan perlunya Umno bekerjasama dengan parti-parti komponen kerajaan Perikatan, tetapi menentang Zahid yang mengatakan bahawa Umno perlu melakukan cara yang tersendiri untuk memastikannya kekal sebagai parti Melayu yang dominan. – The Star.

Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Annuar Musa, sanggup dipecat asalkan dapat mempertahankan “muafakat” parti Melayu dan Islam dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga menegaskan akan tetap mempertahankan keputusan MKT menolak DAP dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Kalau nak pecat kerana itu silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar silakan,” katanya di Facebook.

Perkembangan ini menyusuli laporan semalam bahawa Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh di Kelantan, Muhammad Saifullah Ali mengusulkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian supaya Annuar dipecat daripada parti itu.

Saifullah berkata Annuar dilihat menjadi “tali barut” dan “jurucakap” parti serpihan, PPBM.

Dalam pada itu, Annuar berkata, sepanjang 40 tahun beliau aktif dalam UMNO, mesyuarat perwakilan bahagian selalunya akan membincangkan mengenai orang Melayu, Islam, dan soal rakyat.

Bagaimanapun tahun ini perkara itu tidak berlaku, katanya, dan sebaliknya hanya kedengaran seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu.

“Serang menyerang sesama sendiri, DAP sudah boleh senyum,” katanya.

Sementara itu, Annuar juga mendakwa satu demi satu UMNO bahagian di Kelantan, yang dahulunya menjadi kubu parti itu, bertukar menjadi “kubu parti lawan”.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan parti itu. UMNO Kelantan ketika ini diketuai Ahmad Jazlan Yaakub. Negeri itu dikenali sebagai kubu kuat PAS.

“Semoga di peringkat nasional tidak begitu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

SUMBER/KREDIT: Trendingsangat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*