Akhirnya Ini Tindakan Honda Terhadap Wanita Yang Mempersendakan Berita Kem4tian Muhammad Adib

PETALING JAYA: Sebuah syarikat pengedar kenderaan jenis Honda menamatkan khidmat kakitangannya berkuat kuasa serta-merta kerana memuat naik komen tidak sensitif dalam media sosial berhubung kemaatian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sri Utama Auto Sdn Bhd yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur, dalam kenyataannya hari ini, menegaskan, kakitangan berkenaan melanggar dasar syarikat dengan komen berkenaan.

“Kami ingin memaklumkan perkembangan bahawa siasatan dalaman sudah disiapkan dan kakitangan berkenaan didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya. Perkhidmatan kakitangan berkenaan yang berkhidmat di Sri Utama Auto Sdn Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Kami sekali lagi memohon maaf atas komen menyakitkan yang dilakukannya. Kami akan lebih prihatin dalam menjalankan latihan dan mendidik pekerja kami untuk menanamkan nilai moral tinggi dan menghormati setiap individu sepanjang masa,” kata Pengarah Sri Utama Auto Sdn Bhd, Wong Chee Keong.

Selasa lalu, syarikat berkenaan mengambil tindakan menggantung tugas seorang kakitangannya yang memuat naik kenyataan tidak sensitif di media sosial berhubung kemaatian Adib.

Wong dipercayai merujuk kepada catatan yang dimuat naik di Facebook dalam sebuah klip video Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media susulan kemaatian Adib.

Kakitangan wanita itu menulis: “Bukan kerajaan gagal…tuhan ‘you’ yang gagal tidak sembuhkan Adib.”

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Adib antara anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dikerahkan ke tempat kejadian, susulan protes penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, di mana beberapa kenderaan dibakar perusuh.

Pemuda berusia 24 tahun itu cedera parah selepas ditarik keluar dari kenderaan EMRS dan diserang sekumpulan perusuh di depan kuil.

Beliau meninggal dunia selepas 3 minggu dirawat di Institut Jantung Negara.

Jenaazah Adib dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

[TERKINI] Caryn Yean Telah Dipecat Serta Merta!

Seperti yang kita sedia maklum, sikap keterlaluan kakitangan Honda yang tidak sensitif ini mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kesannya, dia telah digantung kerja ekoran dengan penularan tentang maklumat peribadinya sehingga tempat kerjanya telah didedahkan.

Terkesan dengan tohmahan itu, pihak Honda cawangan Sri Utama akhirnya melucutkan jawatan pekerja tersebut disebabkan gesaan netizen yang anggap tindakan gantung kerja itu tak adil.

Salah laku yang melanggar polisi syarikat – Honda

Sumber : Facebook

“We would like to update that upon concluding the internal investigation and the said employee found to have breached the company’s policy with her misconduct, the said employee’s employment with Sri Utama Auto Sdn Bhd has been terminated with immediate effect.
We once again apologize for the hurt her comment has caused. We will be more attentive in training and educating our employees to instil high moral values and respect for all individuals at all times.”

Terjemahan :

“Kami ingin memaklumkan bahawa  siasatan dalaman telah dijalankan dan pekerja tersebut didapati telah melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, pihak Sri Utama Auto Sdn Bhd telah memberhentikan pekerja tersebut dengan kadar segera. Sekali lagi kami memohon maaf atas komen kasarnya yang mengguris hati pelbagai pihak. Kami akan lebih prihatin dalam melatih dan mendidik pekerja kami untuk menanamkan nilai moral yang tinggi dan menghormati semua individu sepanjang masa.”

Sebelum ini, Caryn telah mengeluarkan kenyataan tak sensitif diruangan komen dengan memperlekehkan ketuhanan agama lain atas kemaatian Adib.

Komennya yang mengatakan “bukan kerajaan gagal, tuhan u(kamu) yang gagal tak sembuhkan Adib”  dalam satu Facebook Live akhbar tempatan itu menjadi viral apabila ada netizen stalk profil Facebooknya.

Itu lah, orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak komen? Ni lah jadinya..

Sumber : Freemalaysiatoday

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*