Akhirnya Punca Sebenar Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Sambil Pakai Kot Dan Buat Facebook Live Didedahkan

Seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

Lelaki yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) pada pagi Selasa dipercayai mengalami tekanan perasaan.

PUNCA KENAPA LELAKI INI TERJUN JAMBATAN

Ketua Polis Daerah Barat Daya Suprintendan A.A. Anbaalagan dalam satu kenyataan berkata hasil temu bual bersama rakan dan kakak ipar mangsa mendapati lelaki itu telah bertengkar dengan isterinya.

Kata Anbalagan, lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat logistik itu mengalami tekanan apabila isterinya meminta cerai.

Mangsa yang tertekan mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun ke laut.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan dengan bantuan bot nelayan yang berada di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Selasa, seorang lelaki bertindak terjun ke laut di kilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu Kawan.

Ketika terjun, lelaki berkenaan turut membuat rakaman video secara langsung

Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, sambil bersiaran 'live'

Posted by Media Marhaen on Monday, January 21, 2019

Melalui rakaman video itu, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian kemas memberhentikan kenderaan di atas jambatan sebelum memanjat tembok dan terjun.

Mangsa yang terselamat kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin di Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anbalagan berkata lelaki itu kini dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membu nuh diri.

LELAKI INI SELAMAT KERANA NELAYAN INI

Nelayan inilah yang membantu selamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Kedua sambil buat live video semalam.

Terima kasih diucapkan di atas kepantasan dan keprihatinan anda selamatkan satu nyawa. Kita amat hargainya.

Pihak polis memerlukan keterangan daripada beliau untuk membantu siasatan kes cubaan Bunuh Diri Sek 309 KK. Sila PM admin, atau ke balai polis berhampiran. Mungkin siapa kenal sila maklumkan.

Sumber Artikel: Astro Awani dan Penang KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*