Akhirnya Rantaian Jangkitan COVID-19 Hampir Putus di Malaysia

Perkembangan semasa kes COVID-19, menyaksikan Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangk1itan wbak itu yang dikesan menyusup masuk ke negara ini pada Januari lalu.

Menaruh keyakinan sedemikian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan jumlah kes positif yang semakin menyusut, selain tiada kematian direkodkan untuk hari kelapan berturut-turut.

ā€œMenerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu.

ā€œIa tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi,ā€ katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Covid-19 di Malaysia: 30 kes baru, 17 melibatkan warga asing

Malaysia mencatatkan 30 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,762 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada tiga kes import dan 27 kes jangkitan tempatan.

Jelas Noor Hisham, daripada 27 jangkitan tempatan, 17 kes melibatkan warga asing dan 10 kes melibatkan warga tempatan.

Sementara itu, 95 lagi pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jngkitan wbak itu ialah 6,330 atau 81.55 peratus daripada keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,317.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematiian baru dilaporkan, menjadikan jumlah k0rban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*