Akhirnya Sami Yang Kata Adib Dilanggar Tampil Buat Kenyataan

Penjaga kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya meminta maaf kerana sebelum ini mengatakan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar trak bomba dalam ruusuhan yang berlaku di luar kawasan kuil itu bulan lepas.

Menurut pihak berkuasa, anggota bomba itu diheeret keluar daripada kenderaannya dan dipuukul oleh para perusuh di lokasi kejadian.

‘Niat saya semasa sidang akhbar pada 28 Nov itu adalah semata-mata untuk meminta polis menyiasat kemungkinan Adib dilnggar trak bomba.

Sami mohon maaf kerana keluarkan teori Adib dilnggar

“Saya tidak pernah mempunyai niat sedikitpun untuk menyakiti perasaan keluarga Adib, kawan atau sesiapa sahaja dengan meminta polis menyiasat rakaman video trak itu.

 “Sekiranya saya telah menyakiti perasaan mereka, saya tidak kesal untuk meminta maaf kepada keluarga yang mengalami kedukaan kerana kehilangan seorang anak yang berkhidmat dengan dedikasi,” kata Sami kuil berkenaan, Ramaji dalam satu kenyataan hari ini.

Ramaji membuat kenyataan itu selepas timbul desakan agar Menteri Perpaduan P Waythamoorthy meletakkan jawatan dan pihak kuil memohon maaf atas kenyataan mereka sebelum ini.

‘Adib lelaki yang baik’

Sami itu juga mengucapkan terima kasih kepada Adib atas khidmatnya kepada rakyat Malaysia, dengan menggelarnya sebagai seorang “lelaki yang baik”.

“Kejadian yang berlaku di kuil pada waktu subuh pada 26 Disember, dan apa yang berlaku di jalan di luar kuil pada awal hari berikutnya adalah detik hitam untuk negara kita.

“Insiden itu tidak sepatutnya berlaku. Tidak ada sesiapa yang boleh dan sepatutnya membenarkan detik-detik yang memalukan itu.

“Saya ikhlas menyesali apa yang berlaku kepada Adib yang menyebabkan kesedihan buat keluarganya, dan berdoa agar keadilan ditegakkan,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib mengalami cdera prah dipercayai selepas dipuukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Selepas bertarung nyawa hampir tiga minggu, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu.

Sumber : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*