Akhirnya Tun Mahathir Dedahkan Sebab Yang Mengejutkan Kenapa Ahli Penting Umno Datang Jumpa Tun

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berjumpanya kerana ingin meminta nasihat untuk meninggalkan parti itu.

Beliau berkata, perjumpaan itu hanyalah sekadar memberi pandangan dan tiada perkara lain yang dibincangkan.

“Mereka datang jumpa saya untuk beritahu bahawa mereka akan tinggalkan UMNO dan mahukan nasihat saya.

“Itu saja tiada perkara lain.” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan 20 Tahun Muzium Kesenian Islam, di sini hari ini.

Sebelum ini, gambar beberapa pemimpin tertinggi Umno bertemu perdana menteri menjadi tular.

'Mereka jumpa saya nak minta nasihat keluar UMNO' - Tun M

DR MAHATHIR: ‘Mereka datang jumpa saya untuk beritahu mereka akan tinggalkan UMNO dan mahukan nasihat saya.’ 

Selain Mohamad Hasan, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah pemimpin dalam imej yang menunjukkan mereka sedang makan malam bersama perdana menteri itu

Mohamad Hasan dalam reaksinya menafikan foto tersebut sebagai petanda beliau akan keluar UMNO, sebaliknya menegaskan imej itu diambil pada tahun lalu.

Terdahulu, enam ahli Parlimen UMNO mengisyiharkan meninggalkan parti keramat Melayu itu berkuat kuasa hari ini.

Artikel Berkaitan…

Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen keluar UMNO

Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen keluar UMNO
KUALA LUMPUR: Enam ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu berkuat kuasa hari ini (14 Disember 2018).

Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa, hari ini.

Sumber Artikel: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*