Akhirnya, Yang Ditunggu Rakyat Telah Tiba. Ini Pembentangan Bagi Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dari Menteri Kewangan

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Tengku Zafrul mula pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 4.23 petang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan semua Ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 untuk memberi peluang mendengar pembentangan.

Pengeluaran KWSP Akaun 1

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli kehilangan pekerjaan. Ahli layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Menurutnya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran akaun satu itu, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga 12,000

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun satu akan melibatkan 4 bilion.

‚ÄúAhli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,‚ÄĚ katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : TV3/Sinar

Kredit : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*