‘Aku Lebih Selesa & Suka Brsama Dgn Suami 0rang Lebih Dari LeIaki Bujang. Aku TeIah Meniduri BerbeIas LeIaki Brbeza SeIama Hidup Aku Sehingga Aku Sedar Sesuatu’

Aku sangat memerlukan pertolongan dari kalian. Dan aku kira ini adalah untuk kali terakhir aku meminta pertolongan untuk membantu diri aku yang jauh tersesat.

Ya aku antara hamba Allah yang jauh tersesat dan bergelumang dengan d0sa makslat yang memusnahkan hidup aku sebagai seorang perempuan. Harap admin dapat share kisah ini untuk tatapan wanita dan lelaki di luar sana.

Ya aku lah perempuan yang suka merampas suami orang. Korang semua memang tak silap baca. Sama ada yang belum berkhwin, dan yang sudah pun berkhwin semestinya akan sakit hati bila membaca tajuk kisah aku ini.

Aku lebih selesa dan suka bersama dengan suami orang lebih dari lelaki bujang walaupun aku boleh dapat mana mana lelaki bujang yang aku mahukan. Aku di sini hanya mahu meluahkan kisah hidup aku di sini, kerana tiada seorang pun yang tahu akan diri aku yang sebenarnya.

Aku datang dari keluarga yang sederhana. Aku sulung dan punya adik adik yang masih bersekolah. Keluarga aku pernah berpecah belah dik kerana orang ketiga. Hahaha, kelakar kerana sekarang aku pula yang jadi begitu. Tetapi itu kisah beberapa tahun yang lepas.

Alhamdullilah ayah aku dah berubah sejak beberapa peristiwa yang tak dapat aku kongsikan di sini. Tetapi aku sangat terkilan dan sedih saat melihat mak aku menderita kerana ayah aku pasang perempuan lain.

Perempuan dari seberang pula tu. Aku sumpah tak boleh terima perbuatan ayah aku ketika itu. Mak aku jadi kurus kering menangisi segala perbuatan ayah aku.

Aku sedih bila kenangkan kembali. Tetapi tidak apalah benda sudah lama berlalu, tetapi benda sudah berlalu pun berjangkit pula kepada aku. Hahaha, sadis.

Aku berumur 26 tahun dan tak punya apa apa. Latar belakang hidupku biasa sahaja. Bekerja pun biasa biasa sahaja. Aku tiada apa untuk dibanggakan sebagai anak sulung kepada kedua orang tuaku.

Aku tidaklah pandai sehingga berjaya menggengam segulung diploma apatah lagi ijazah. Kelayakan aku hanyalah setakat SPM saja. Aku kadang merasakan yang aku tidak berguna sebagai seorang perempuan dan anak sulung kerana aku tidak dapat membuat kedua orang tuaku bangga.

Tidak sekali pun aku pernah buat ibu dan ayah bangga akan diriku. Dan bila mengetahui sepupu sepapat berjaya melangkah ke universiti dan banggakan makcik pakcik aku keyakinan aku terus merudum.

Aku jadi tak suka hendak bergaul dengan keluarga di sebelah ayah mahupun ibu. Aku rasa terpinggir bila berada bersama dengan keluarga besar ayah mahupun ibu.

Aku tersesat di usia remaja. Pergolakan rumah tangga ibu dan ayah punca aku jadi liar. Aku bebas ke sana ke sini dengan mana mana lelaki yang ketagihkan tubuh badan aku.

Aku b***h ketika itu. Aku tersangatlah b***h. Kenapalah aku b***h ketika itu merelakan saja untuk kesedapan yang hanya sementara? Dan benda tu menjadi perkara biasa dan aku mula ketagih untuk selalu melakukannya.

Aku telah meniduri seramai lebih berbelas lelaki berbeza selama hidup aku. Ya aku tahu aku ni perempuan kotor dan murah. Aku buat kerana atas dasar suka sesama sendiri.

Dan aku baru tersedar akan hal ini kerana aku mula merasakan bahawa lelaki yang ingin mengenali aku hanyalah mahukan kesedapan sementara dengan aku. Tapi aku pun bersalah juga dalam hal ini kerana aku suka dan merelakan sahaja.

Aku mula bersalah kerana sering kali aku menipu dan memperb***hkan orang tua aku dengan alasan keluar tidur rumah kawan perempuan aku lah apa lah padahal aku keluar dengan lelaki lain untuk check in di hotel.

Aku jahat terkadang aku menangis seorang diri bila teringatkan yang aku ni menipu dan memperdayakan ibu dan ayah yang percayakan diri aku ni.

Ibu dan ayahku hanya bekerja biasa dan itu tidak cukup untuk menyara tiga lagi di bawah aku. Tetapi alhamdullilah makan pakai cukup dan aku tidak lupa untuk memberi wang setiap bulan kepada kedua ibu bapaku.

Terkadang aku culas memberi dan aku mula merasakan yang diri ini tidak berguna kerana tidak mampu membahagiakan ayah dan ibu.

Seumur hidup aku di dunia ini aku tidak pernah solat. Aku tidak tahu bersolat langsung. Tidak pandai mengaji pun satu hal. Aku pernah cuba untuk ke arah itu tetapi sering kali terbabas.

Aku anggap Allah tidak suka akan aku dan benci akan aku, oleh sebab itu dia tidak memudahkan urusan aku untuk ke arah yang lebih baik. Allahu. Aku selalu bersangka buruk kepada Allah.

Sungguhpun begitu aku bukanlah seperti gadis lain yang berhibur di kelab malam, pakai pakaian s3ksi, minum arak, merokok, dan mengambil benda terlarang. Aku tidak pernah sentuh benda tu semua.

Tetapi perkara yang paling dilaknat Allah pulak yang aku berani buat. Sedih sungguhkan jadi aku?

Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang ada rupa berikutan kata kata wanita di sekeliling yang sering kali memuji aku cantik.

Aku diterima bekerja di sebuah syarikat swasta yang mengambil aku bekerja di situ sebagai seorang kerani. Rata rata di syarikat tersebut penuh dengan kaum lelaki dan bilangan kaum wanita boleh dikira dengan jari.

Ada pun yang bujang adalah termasuk aku dan dua tiga perempuan yang lain, manakala yang sudah berkhwin lebih ramai dari kami yang bujang.

Kaum lelaki di sana pun begitu, tidak ramai yang bujang, rata rata mereka pun sudah berkhwin. Yang bujang pun sama seperti kaum perempuan, boleh dikira dengan jari sahaja.

Maka bermulalah segalanya di syarikat tersebut. Ya segalanya bermula sejak aku bekerja di syarikat tersebut sehingga sekarang. Aku mula mengenali seseorang yang aku gelarkan sebagai Adi.

Adi punya perwatakan yang sangat baik, sopan, warak, tidak lokek dengan senyuman, dan sangat peramah dengan semua orang. Semua orang suka dan senang dengannya. Tetapi hanya aku yang mengenali dirinya yang sebenar benarnya.

Suatu hari aku menegur dia ketika dia datang untuk mengambil dokumen di meja aku. Aku pun menegur dia dengan mengatakan yang dia cute.

Dia terkejut dan serta merta jadi blushing bila aku puji je dia macam tu. Sempat dia gelak dan berkata pada aku, ”Hahaha wow terima kasih. You nak ngorat I ke ni? Tapi I dah khwin lah. You tak kisah ke? Hahaha.”

Aku masih cuba berlagak biasa dan tak terasa lagi nak ke arah itu dengan dia. Tetapi bila dah bertukar nombor atas urusan kerja, kami berdua tidak dapat mengelak dari berbalas whatsapp yang bukan melibatkan hal kerja.

Sejak dari itu kami jadi rapat dan mula bersayang sayang seperti pasangan kekasih. Dia juga tersangatlah romantik dengan memberi aku pelbagai hadiah dan buat aku rasa disayangi.

Tak lama tu aku dan dia berani keluar senyap senyap bersama. Tapi itu pertama dan terakhir kalinya. Puncanya pun aku tidak ingat apa tetapi aku dan dia tak pernah bergaduh dan dia pun seakan pelik dengan aku yang tiba tiba tidak mahu keluar bersamanya.

Tapi kami okay je sampai sekarang dan adakalanya bermesej, cuma tidak bersayang sayang seperti dulu. Dan dengan dia juga kami melalukan perkara yang ringan ringan di dalam kereta.

Aku fikir aku sudah muak dan bosan dengan dia bila aku mula kenal dengan seseorang yang datang bekerja di tempat aku. Aku gelarkan dia Faizal dan pada mulanya aku fikir dia bujang dan dia pun tidaklah memberitahu aku status diri dia yang sebenarnya.

Perempuan kan kalau nak tahu sesuatu perkara akan dicarinya sampai ke lubang cacing. Aku mencari nama beliau di facebook dan tadaa aku jumpa. Dia sudah berkhwin dan mempunyai anak seorang. Aku tak rasa marah dan aku okay saja.

Walaupun aku sudah tahu akan status diri dia yang sebenarnya aku sehingga sekarang berpura pura tidak tahu yang dia adalah suami orang. Dengan Faizal aku beberapa kali terlanjur dengan dia di rumah sewanya. Nafsu memang sukar untuk dikawal dan ditolak.

Aku tidak pernah serik akan apa yang aku lakukan. Walaupun aku sering kali berfikir yang benda ni mungkin akan jadi pada diri aku yakni bila aku dah berkhwin, pun aku tidak hairan dan tidak takut.

Sehingga ke hari ini pun aku masih lagi contact Faizal tetapi tidak keluar bersama lagi. Perkara itu berlanjutan sehingga beberapa tahun di mana aku masih contact suami orang dan buat suami orang angau akan aku. Aku suka akan perasaan itu. Aku tidak rasa bersalah langsung ketika itu.

Oleh sebab itu aku dahagakan kasih sayang yang sebenarnya dari seorang insan yang benar benar serius dan sayangkan aku. Aku tak lagi mencari yang bujang untuk menghabiskan masa terluang aku.

Aku mula terjebak dengan kasih suami orang. Mereka lebih menghargai diri aku dari lelaki lelaki bujang di luar sana.

Tetapi dalam pada masa yang sama aku menjalinkan hubungan suka sama suka dengan seorang lelaki bujang yang sudah lama aku pendam perasaan padanya. Kami berhubungan seperti pasangan suami isteri dengan pergi melancong dan check in setiap hujung minggu.

Sekali lagi aku b***h. Aku menganggap dia adalah pasangan kekasih aku dan aku menekankan kepada diri aku bahawa dia adalah boyfriend aku tetapi tidak dia. Dia hanya menganggap aku dan dia sebagai “partner in crime.”

Aku tersangat malu dan sangat kecewa kerana aku betul betul merasakan yang kami betul betul sedang bercinta. Ramai tahu akan hubungan mesra kami ketika itu tetapi sekarang aku dan dia tidak bertegur seperti dulu dan masing masing membawa haluan sendiri.

Fast forward aku berkenalan lagi dengan suami orang. Dan kali ini dia serius dengan aku dan tidak pernah meminta untuk berbuat yang bukan bukan dengan aku. Aku yang mengada ngada menggoda dia hingga kami akhirnya check in di hotel.

Tetapi kami tidak terlanjur ketika itu kerana dia berfikir yang dia takut kalau kemungkinan besar aku akan mengandung. Kami pun tak jadi untuk meneruskan dan hanya berbual biasa.

Dia jadi suka bila melihat aku bertudung dan tidak berapa suka aku freehair. Dia tidaklah seperti lelaki miang di luar sana yang kerap bermesej lucah.

Dia sebolehnya mahu menjaga aku dan sering kali menasihati aku agar tidak terlalu s3ksi dan mengingatkan aku tentang hal yang lain. Aku jadi suka akan sikap dia yang caring pada aku.

Beberapa hari selepas itu dia mula serius dengan aku dan minta masa untuk menghalalkan aku dek kerana hubungan dia dan isteri dia yang bermasalah.

Mereka tak lagi duduk bersama untuk beberapa bulan dan itu membuatkan dia mengambil keputusan “berkawan” dengan aku. Isteri dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah sendiri dan dia hanya tinggal seorang diri di negeri lain.

Aku sangat berharap perhubungan ini akan menjadi kerana aku sudah penat “mencari” dan aku jugak mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Akan tetapi aku takut benar perkara yang aku lakukan ini akan berbalik kepada diri aku. Aku tidak dapat mampu berfikir akan perasaan aku kalau benar ianya akan terjadi suatu hari nanti.

Untuk kaum wanita dan para isteri di luar sana, pasti menyirap baca confession dari aku. Aku sudah mula rasa bersalah akan hal ini. Aku betul betul maksudkanya. Doakan yang terbaik untuk aku walaupun aku tidak layak untuk berada dalam doa kalian.

Aku cuma hambaNya yang mahu keluar dari gelumang d0sa yang tidak tertanggung ini. Dan aku juga perlahan lahan cuba memperbaiki cara hidup aku. Aku undur diri dan terima kasih sudi baca luahan kisah hidup aku.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Artikel ini dipetik dari Media Hits

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*