
Adik kepada arwh Abam, Ali Puteh memberi penjelasan kenapa beliau ‘naik angin’ baru-baru ini.
Beliau sebenarnya kesal kerana ada pihak yang memuatnaik video perbualan dengan balu Abam tanpa merujuk kepada keluarganya terlebih dahulu.
Walaupun tidak menamakan siapa individu tersebut ia jelas merujuk kepada video kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri bersama isteri Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali.
Mengaku terkilan dengan jawapan kakak ipar dalam rakaman itu, Ali Puteh menjelaskan apa yang dibuatnya semata-mata mahu menguruskan harta peninggalan Abam termasuk hutang dan urusan faraid.
Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Siti Nurhidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju.
“ Video seorang jutawan, kita semut api dia semut besar, soalan dan jawapan yang ditanya terutama daripada segi harta-harta Abam yang menjadi persoalan,” ujarnya dalam satu video yang tersebar di media sosial hari ini.
ALI JELASKAN SEGALA GALANYA DALAM TEMUBUAL
Ini penjelasan @aliputeh89, tentang hal hangat ni…#RiaX
Posted by Ria X on Thursday, February 20, 2020
Mengenai isu telefon bimbit arwh, Ali memberitahu ia dipegangnya kerana mahu memastikan maklumat yang ada di dalamnya termasuk hutang Abam yang masih tertunggak.
“ Saya dulu pembantu dan pemandu arwh, saya tahu dan saya sudah beritahu dia (kakak ipar) selepas selesai ambillah balik telefon itu, kami adik beradik arwh Abam sudah beli telefon seorang satu,” katanya.
Ali juga menjelaskan isu kenderaan dan dakwaan kakak iparnya yang didakwa diusir sehelai sepinggang
Kedua, katanya, isu beg duit Abam diambilnya kerana mahu mendapatkan kad Seniman arwh tetapi mendapati dua kad bank arwh sudah tiada.
Beliau juga mendapati wang tunai tiada dalam dompet berkenaan dan memaklumkan kepada kakak iparnya, wang yang ada perlu diserahkan kerana ia menjadi barangan faraid.
Menurut Ali, beliau tidak mahu sesen pun duit dan harta arwh kerana mengikut hukum Islam, segala harta difaraid kepada ibu, isteri dan anak lelaki Abam sahaja.
Mengenai dua kereta milik arwh Abam, beliau menjelaskan sebuah kereta Vellfire masih dalam hutang bank manakala sebuah Viva pula dibeli dari bapa saudaranya secara ansuran.
“ Arwh Abam ada kata bila aku ada duit Viva ini dan tukar nama kepada isteri aku dan itulah yang saya hendak buat, hendak susun satu persatu,” katanya.
Ali juga menafikan dakwaan Siti Nurhidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri.
Malah beliau mendakwa kakak iparnya juga turut mengambil barangan berharga arwh bersamanya.
Namun apa yang menjadi kemarahannya apabila perkara seperti itu dimuatnaik oleh Aliff Syukri di media sosial yang menjadi fitnah kepadanya dan keluarga.
Namun para warganet yang tidak tahu hujung pangkal telah membela kakak ipar dan Aliff Syukri sehingga Ali dikecam hebat.
Apa pun, katanya, dia rela dihina dan sudah memaafkan warganet namun masih terasa kesal dengan tindakan Aliff Syukri yang didakwa menghina ibunya.
“ Saya reda mati dari lihat ibu saya dihina sedemikian,” ujarnya.
Sementara itu, Aliff Syukri pada mulanya dijadualkan membuat sidang media pada hari esok berkenaan isu yang sama namun telah menangguhkannya atas sebab yang tidak dimaklumkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh pembantu peribadi Aliff, Datuk Kelly Azman hari ini.- MalaysiaGazette
Hari ini pihak produksi Melodi TV3 telah memuat naik satu klip video pendek temubual bersama Ali Puteh.
Di dalam rakaman tersebut, Ali menjelaskan bahawa harta jangan ditanya kerana yang paling penting buat masa ini adalah untuk menjelaskan hutang hutang arwh yang ditinggalkan.
Sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan dari pihak isteri Allahyarham Abam berkenaan isu ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber: malaysia gazette
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply