Allahu, 2 Anak Ber’mandi’kan Dar4h. Ibu Ini Menceritakan Detik Menjumpai Anak Anaknya

“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran darah di kepala dengan kesan k3lar dan te tak di atas katil sudah tidak berny4wa.”

Begitu kata Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, yang mati dibu nuh seorang lelaki dalam kejadian amuuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek yang juga penganggur turut menjerit ke arah Noorhasyelawati ketika dia pergi ke rumah ibu saudaranya untuk mendapatkan bantuan.

Lelaki itu kemudian memberitahu wanita terbabit bahawa anaknya sudah ‘bermandi darah’ apabila Noorhasyelawati berpatah-balik, sebelum dia meninggalkan rumah berkenaan.

Difahamkan, Nurul Hanim ditemui dengan kesan te tak pada belakang badan manakala adiknya dik3lar pada leher.

Sementara, anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur dalam bilik di tingkat bawah rumah, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya di bilik bersebelahan.

Menurutnya, dia terjaga apabila terdengar suara orang memangil nama suaminya Idris Saad, 47, sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.

“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 52, di sebelah kiri muka sebelum dia meluru pula ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal apabila terlindung dengan langsir.

“Saya kemudian terus berlari keluar rumah meminta bantuan ibu saudara di sebelah rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

SOBERI menunjukkan kec3deraan pada pipinya.

Sementara itu, Soberi berkata, dia yang sedang tidur di tingkat atas terjaga apabila mendengar bunyi ‘kecoh’ lalu turun dan terlihat kelibat lelaki berparang di dalam rumah.

“Ketika itu keadaan gelap dan samar-samar sebelum dia terus menyerang saya menyebabkan cedera di pipi kiri sehingga menerima 10 jahitan.

“Saya yang bimbang terus berlari keluar dan tidak sangka dia sanggup membuat anak saudara saya seperti itu,” katanya.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*