Allahu, Mereka Sepatutnya Bersanding Februari Ini. Jiran Menceritakan Detik Kebakaran Berlaku

HAJAT sepasang suami isteri untuk bersanding awal bulan depan tidak kesampaian apabila mereka m4ut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Mang sa kebakaran yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Jiran mang sa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Zulkiflee, 59, berkata, pasangan itu baru menyewa rumah berkenaan awal tahun ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila pasangan itu berkahwin.

“Saya difahamkan mereka merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 2 Februari di Kangar, Perlis dan sebelah lelaki pada 6 Februari di Jerteh, Terengganu,” kata pesara swasta itu ketika ditemui Bernama.

Mohd Zulkiflee berkata, dia sedang berehat di rumahnya dan terkejut apabila seorang jiran memaklumkan mengenai kebakaran itu, namun gagal menyelamatkan mang sa kerana rumah berkunci.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dalam kenyataan berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.

“Anggota bomba yang berjaya masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan pula ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar.

Abdul Aziz berkata, ma yat kedua-dua mang sa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Jurucakap bomba sebelum ini berkata, Norwahidah ma ut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.13 tengah hari.

Sementara itu, seorang pegawai JPN yang ditemui Bernama di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mang sa adalah kakitangan JPN Putrajaya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*