Mereka Bertahajud & Ulang Bacaan Al-Quran Antara Amalan Jemaah Tabligh Ketika Dikuarantin – Uztaz Ebit Lew

Sejak Cov1d-19 dilaporkan telah menular kepada jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, hampir 5,000 orang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh pada 27 Februari hingga 1 Mac diminta untuk membuat saringan.

Sehubungan dengan itu, pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling turut telah dikuarant1n kerana mengertai perhimpuan tersebut.

Al-Quran jadi kelaziman

Namun, menurut pendakwah terkenal Ebit Lew, mereka semua negatif Cov1d-19 dan hanya dikuarant1n oleh KKM. Apa yang mencuri perhatian adalah muat naik daripada pendakwah tersebut yang menyebut mengenai aktiviti yang dilakukan oleh mereka.

Menerusi Facebook, Ebit Lew memaklumkan bahawa pelajar-pelajar dari Miftahul Ulum  ini telah berkumpul dan mengulang-ulang membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang proses kuarantin.

Alhamdulillah mereka semua negatif Covid-19

Dalam kenyataannya di Facebook juga, dia berasa bersyukur kerana hampir keseluruhan mereka yang terlibat dalam perhimpunan tempoh hari menghadirkan diri untuk menbuat saringan di pusat kesihatan setempat.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menasihatkan agar orang ramai sama-sama cakna jika berkumpul dan berharap agar orang ramai mengikuti arahan KKM agar elakkan berada di kawasan yang mempunyai ramai orang.

Marilah sama2 berdoa

Ebit Lew turut menyeru orang ramai agar sama-sama berdoa kepada Maha Pencipta agar Cov1d-19 dapat dihentikan penularannya.

Dia turut berharap agar orang ramai menghentikan persepsi kurang baik terhadap golongan tabligh kerana mereka juga tidak menyedari bahawa tersebut boleh tular dalam kalangan mereka.

Tahniah KKM atas khidmat yang terbaik

Pendakwah terkenal tersebut juga sempat mengucapkan tahniah kepada KKM kerana sentiasa bersiap siaga dengan pelbagai langkah agar penularan ini tidak menular.

Ebit Lew menasihati agar sesiapa yang mempunyai simptom-simptom Cov1d-19 ini agar segera pergi membuat saringan agar tersebut tidak menular.

Semoga umat Islam diberi kekuatan & kesabaran

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif terhadap amalan yang dilakuan oleh para pelajar Miftahul Ulum di Sri Petaling itu.

Dalam pada dikuarant1n, mereka masih gigih bertahajud dan membaca al-Quran bagi bersama-sama berdoa supaya dapat dihindari oleh semua rakyat Malaysia.

Semoga anak2 ini terhindar dari Covid-19

Terima kasih ustaz atas nasihat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: OhMyMedia/EbitLew via Online Malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*