Norhidayah Ambil Alih Instagram Peribadi Arwh Abam Bocey. Dia Jelaskan Kenapa Dia Ambil Alih

BALU Allahyrham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah mengambil alih dan mengendalikan akaun Instagram peribadi arwh yang kini memiliki sebanyak lebih 2.5 juta pengikut.

Nor Hidayah memberitahu perkara itu menerusi satu posting dengan memuat naik foto anak mereka Syed Uthman Hamzah pada Khamis.

Hidayah memberitahu bahawa akaun itu akan digunakan untuk memuat naik perkembangan terkini berkaitan anak lelakinya itu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata tindakan itu juga bagi mengelakkan akaun itu dilupuskan pihak Instagram jika didapati tidak aktif.

Nor Hidayah juga memberitahu bahawa nama akaun itu masih mengekalkan nama asal iaitu @abam_bocik.

” Assalamualaikum, kepada semua pengikut Allahyarham Syed Umar Mokhtar. 

” Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam,” tulisnya.

” Saya akan beritahu mengenai perkembangan anak kami di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah.

” Terima kasih kepada semua atas doa untuk Hamzah dan memberikan kata semangat untuk kami,” katanya.

” Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik untuk sementara waktu ini sementara menunggu pertukaran nama pengguna baru yang akan diluluskan oleh pihak instagram,” jelasnya.

Nor Hidayah didkwa tegur ibu mentua jangan makan harta anak yatim – “Ayat itu gores hati saya”

PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwh.

” Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.

“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kepada dia kenapa cakap begitu kepada mak.

“Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” kata Ali ketika di sidang media yang dibuat pada Jumaat.

Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Anggota kumpulan Bocey itu meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah, 28, dan anak lelaki  bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.

Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘binatang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan.

ALI PUTEH

PELAWAK

Sebelum ini, video Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwh suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan ketika ditemu bual usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kemarahan Ali.

Ali tidak dapat menahan kemarahannya memuat naik status berbaur hinaan terhadap Nor Hidayah namun telah memadamnya sebaik sahaja menerima pelbagai kecaman.

Dalam pada itu, Ali memohon maaf secara terbuka kepada kakak iparnya atas kesilapannya memuat naik status kasar itu

” Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘b1natang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan.

” Pada mulanya, saya berasa pelik kerana telefon bimbit saya tidak berhenti berbunyi dan bila saya baca mesej yang diterima ramai kecam saya dan keluarga.

” Saya tonton video itu berulang kali sebelum muat naik status itu. Dalam keadaan marah, terkeluarlah perkataan itu.

” Saya mohon maaf secara terbuka kepada kakak ipar saya dan seluruh rakyat Malaysia yang kecam, saya maafkan anda semua,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*