“Anak abah paling kecil, paling besar matanya”- Dato Aliff

Ayah mana yang tidak bahagia apabila melihat isteri yang selamat bersalin dan anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat. Begitulah yang dirasakan oleh Dato Aliff yang sedang bahagia menerima anugerah dari Tuhan iaitu seorang lagi cahaya mata dalam keluarga petang semalam. Sebelum ini beliau telah berkongsi saat menemani isterinya sepanjang proses bersalin dan akhirnya semalam petang, Datin Shahida selamat melahirkan cahaya mata mereka.

Baru sahaja tadi, Dato Aliff berkongsi gambar beliau menc1um anak bongsunya itu dan berkongsi bahawa anak yang dilahirkan itu adalah seberat 2.8kg. Comel bukan?






“Anak saya ini tiada akaun Instagram tolong berhati hati kepada mereka yang mengambil kesempatan.. 2.8kg sahaja.. tak cukup hari pagi anak abah dah nak keluar… anak abah paling kecil lahir..paling cepat menangis, paling besar mataya ..

Siapa yang nak tengok muka saya anak abah yang paling comel ini korang boleh buka dekat YouTube tv Telajak laris 03:00 petang .. #harumansyurga lagu Ini abah ciptakan untuk mereka yang mempunyai bakal cahaya mata yang akan menyinari kehidupan korang untuk lebih bahagia semoga korang gembira dengan video yang kami buat sendiri ini..” luah Dato Aliff dalam laman instagramnya.

Di dalam luahan beliau tersebut, beliau ada menegaskan bahawa anaknya yang baru lahir itu tiada akaun instagram dan meminta warganet agar berhati-hati dengan orang yang mengambil kesempatan.

Ini kerana beliau mendapat khabar angin yang tidak benar mengatakan anaknya itu punyai akaun instagram dan sudah punyai 16 ribu pengikut di dalam laman media sosial tersebut dan beliau menafikan sekeras-kerasnya di dalam laman instagramnya kerana beliau tidak pernah berkongsi apa apa gambar mengenai anaknya yang baru lahir itu.






“jgn sampai sy s4man.. Jangan tertipu dgn ganbar dan ig palsu.. saya tidak pernah menyebarkan gambar anak saya dan anak saya tidak pernah mempunyai Instagram langsung.. ini ig org x baik menipu.. itu adalah p4lsu.. kalau nak tngok wajah Anak saya korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris 3 – 4 petang ini sempana lagu terbaru saya dan isteri #harumansyurga” kata Dato Aliff berkenaan isu ini.

Rata-rata netizen amat gembira mendengar berita kelahiran ini. Kakak kepada Dato Aliff iaitu Yatie Sendayu Tinggi juga berkongsi berita gembira ini di dalam ruang komen dengan mengatakan bayi tersebut adalah bayi perempuan.






Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Aliff dan keluarga atas kelahiran yang cukup bahagia ini. Semoga Datin dapat berpantang dengan tenang dan gembira ya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*