Anak Pemilik Restoren Viral di Melaka Sudah Bersuara Tentang Isu Pelanggan Dihalau Sebab Buat LIVE. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Gambar (kiri) Influencer Eira Aziera. Gambar (kanan) keadaan restoren ketika kejadian

KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

“Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

“Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

ANAK PEMILIK RESTOREN TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR

Anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

“Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

VIDEO PENUH KEJADIAN

Mkn kedai viral kita tgk sedap. Ka dak

Posted by Eira Aziera on Monday, September 7, 2020

Sumber : MSTAR ONLINE / awatttsyeikhhnetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*