Anak Perempuan Mukhriz Mahathir Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Sebab Dia Ada Dalam Pub Pada 1.30 Pagi

HAMPIR seminggu mengambil pendekatan kunci mulut, anak perempuan kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung penahanannya di sebuah bar kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menerusi satu posting di Instagram, Meera Alyanna Mukhriz mengakui apa yang berlaku minggu lalu adalah disebabkan kecuaian sendiri.

Jelasnya, pada hari kejadian iaitu 21 Ogos, dia bersama suami pergi ke bar berkenaan dengan dua lagi rakan untuk meraikan ulang tahun salah seorang kenalan mereka.

“Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar peraturan PKPP. Di balai polis, saya bersama 29 yang lain telah diambil keterangan.

“Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan denda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang. Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan denda yang telah dikenakan itu.

“Dalam seminggu ini, saya telah mengimbau peristiwa tersebut dan akibatnya. Sejujurnya, saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cuai melanggari larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik,” katanya dalam kenyataan yang dibuat dalam dua bahasa itu.

Meera Alyanna atau lebih dikenali sebagai Ally menambah, dia juga kesal kerana disebabkan kecuaian tersebut telah menyusahkan keluarga, rakan-rakan dan rakyat.

“Benarlah saya yang bersalah dan patut pun anda berasa kecewa tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini,” ujarnya sambil berjanji untuk memperbaiki diri.

Dalam masa yang sama, dia turut memuji profesionalisme pasukan polis ketika mengendalikan kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan anak seorang kenamaan (VVIP) merupakan antara pengunjung yang ditahan berada di premis yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*