Dituduh Menunjuk-nunjuk Kerana Berkongsi Keputusan SPM Anak. Ini Luahan Hati Ustaz Kazim

Ramai ayah mengimpikan anak-anak yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran. Semua ibu bapa sudah semestinya merasa bangga jika anak berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Berita gembira seperti ini biasanya dikongsi dengan mereka di sekeliling untuk dijadikan inspirasi kepada yang lain

Sebelum ini Ustaz Kazim juga ada berkongsi keputusan cemerlang anak di media sosial

Antara yang mendapat perkhabaran gembira adalah, anak perempuan kepada penceramah selebriti iaitu Ustaz Kazim Elias, dimaklumkan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Anak ustaz Kazim dapat straight A

“ Alhamdulillah… tahniah buat anak..

Terima kasih kpd guru2 yg mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak”

Tulis Ustaz Kazim

Namun begitu, tidak semua senang dengan perkongsian beliau dan ada antara mereka menudvh Ustaz Kazim sebagai riiak kerana berkongsi keputusan peperiksaan SPM anak di media sosial

Berikut luahan hati beliau di FB

‘Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri’.

Demikan nasihat yang diberikan penceramah bebas, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias (DUKE) apabila ada pihak yang beranggapan dia bersikap riak(menunjuk-nujuk) ketika berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kazim tampil memberi penjelasan berhubung perkongsian status yang dimuatniaknya itu dan meminta agar pengguna laman sosial jangan terlalu cepat menilai orang lain.

“ Post cerita anak ambik result exam pun dikata riak, sampai boleh menilai hati orang adakah itu yg dikata tasauf..? Kalau belajar tasauf sifat menilai orang lain x betul hanya diri sendiri yg betul.. tu dah namanya ujub boleh membawa kpd takabbur pulak..

“ Persoalan hati ni urusan kita dgn Allah.. siapalah kita nak menilai hati org? Pandang baik kan lebih selamat,” tulisnya.

Dalam masa sama, Kazim turut memetik potongan ayat suci, Surah Ad Dhuha mengenai tentang nikmat Allah.

“ Surah Ad Dhuha menyebut tentang nikmat Allah.. bukankah nikmat Allah itu maha luas?Dapat anak jgk nikmat .. adakah salah memasukkan gambar anak kecil dan memberitahu kelahiran baby itu riak kerana mengecilkan hati org yg x dapat anak..?

“ Yg dilarang sombong, menunjuk2 dgn bongkak dan menghina orang lain malah langsung tiada kesyukuran atas nikmat Allah, seolah2 kejayaan dan kekayaan dtg drp usaha sendiri bukannya drp Allah.. yg tu la riak.. belajar lah tasauf lagi ye..

“ Rajin2lah solat Dhuha dlm masa yg sama menghayati Surah Ad Dhuha ayat 11.
Tasauf letaknya dihati diamalkan dgn amalan yg baik lidah yg sopan serta tangan yg berhati2 termasuk menulis di fb.. jgn jd riak dan ujub dgn amalan sendiri,” tulisnya. 

Malah, Kazim meminta agar netizen tidak terlalu cepat menghukum seseorang.

“ Ngata orang lain riak tp dlm wall fb sendiri dok tulis ngaji kat mana, lulusan mana.. yg tu x riak pulak?

“Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri..

Pasni gambar konvo ke.. gambar menikah ke jgn masuk dlm fb.. riak.. kesian pd org yg xde ijazah dan xde laki,” akhirinya. 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber:Facebook Ustaz Mohd Kazim Elias via transformasi 

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*