Jaga Mak Sakit Lepas Ayah MeniinggaI Dnia, Anak Yatim Ini Berjaya Raih 11A+ Dalam SPM

Rezeki tak salah alamat. Itulah yang dapat digambarkan buat seorang anak yatlm, Mohamad Nur Firdaus Zulkifli, selepas mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 11A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Difahamkan, sejak sekolahnya ditubuhkan pada 1954, buat julung kalinya memecah rekod apabila menjadi pelajar pertama berjaya memperolehi 11 A untuk 11 mata pelajaran.

Berkat ikhlas jaga ibu

Meskipun selepas ketiadaan bapa dia terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menghidap s4kit mist3ri, akan tetapi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, Kelantan, masih mampu fokus dalam pelajaran

Sementara rakan-rakan lain hadir bersama ibu bapa untuk mengambil keputusan SPM, remaja ini hanya datang seorang diri, kerana ibunya masih terlantar sakit.

Bagi remaja ini, walaupun perlu membahagi masa untuk menjaga ibu yang s4kit dan belajar, dia sama sekali tidak pernah menganggap ia sebagai satu beban.

Tak pernah anggap ibu beban

“Saya tidak pernah menganggap menjaga ibu selepas kematian ayah adalah beban, sebaliknya ibu menjadi kekuatan saya untuk terus berjaya…”

Berkongsi rahsia kejayaan, Firdaus berkata dia akan mengulangkaji setiap malam selepas Isyak dan memanfaatkan aplikasi Telegram dengan mengetahui tips dan latih tubi terkini dengan rakan-rakan sama tingkatan di seluruh Malaysia.

Bercita-cita mahu menjadi seorang doktor pakar jantung, Firdaus berhasrat untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM). Semoga, apa yang diimpikan berjaya menjadi kenyataan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Buletin Utama

Teks By : Staff videoviral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*