Khir Rahman Luah Rasa Kecewa Bila Pihak Astro Dan Juri Meletakkan 2 Juara Di Gegar Vaganza 2019. Antara Naqiu Dan Hardy, Ini Pilihan Khir Rahman

Kontroversi menghimpit keputusan dibuat juri apabila Naqiu Boboy dan Hardy Mirza diumumkan sebagai juara bersama program Gegar Vaganza 6 (GV6), hingga mencetus perasaan tidak puas hati dalam kalangan peminat.

Spekulasi demi spekulasi itu mengundang perhatian ramai antaranya pengarah dan pelakon Khir Rahman.

Khir berkata, keputusan juri pada konsert akhir GV6 sebelum program itu melabuhkan tirainya malam tadi menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam sistem penilaian pemarkahan yang dibuat.

“Kejujuran dan kuasa keputusan adalah tanggungjawab juri dan pihak Astro. Hanya mereka yang boleh mengiyakan mahupun menidakkan pemarkahan yang didakwa sama itu.

“Pahat yang berbunyi ni sebenarnya bukanlah kerana menafikan rezeki Hardy Mirza”

“Namun terasa lemahnya juri dalam menilai pelbagai bakat atau versatil serta zat bintang yang ada pada Naqiu, hingga seolah-olah rezeki penyanyi itu sebagai juara mutlak pula dinafikan,” katanya di media sosial.

Bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, GV6 melakar sejarah apabila buat julung kalinya menobatkan Naqiu dan Hardy Mirza sebagai juara bersama.

Naqiu mempersembahkan lagu Srikandi Cintaku, nyanyian asal Bloodshed manakala Hardy Mirza menyampaikan Ku Bersuara (Ernie Zakri).

Melalui segmen battle, Naqiu berentap dengan Hardy Mirza menerusi Haa Tepok! (Meerfly ft MK K-Clique & Kidd Santhe).

Mereka menewaskan empat peserta lain iaitu, One Nation Emcees, Nurfatima, Jatt dan Sham Visa.

GV6 diadili juri tetap, Ramli MS dan Hetty Koes Endang manakala juri undangan ialah pereka fesyen tempatan, Rizalman Ibrahim.

Bagaimanapun, pengarah filem Dalam Botol itu meminta orang ramai agar tidak terlalu mengambil serius keputusan dibuat juri GV6.

Memberikan alasannya, Khir, 47, berkata, pengisian GV6 sekadar berbentuk hiburan dan di sebalik program itu, ia sememangnya bertujuan menjurus kepada ruang promosi bagi melariskan rancangan.

“GV adalah program yang bersifat sekadar hiburan. Jangan la ambil serius sangat. Sebarang keputusan adalah untuk dijadikan talking point, demi perniagaan, justeru relaks je,” katanya.

Khir juga memohon agar kesalahan tidak diletakkan pada bahu Hardy Mirza susulan keputusan diambil juri.

“Yang paling penting jangan sesekali marah pada Hardy Mirza, bukan dia yang membuat keputusan untuk melepaskan dua juara,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

SUmber : MALAYSIA KINI

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*