Anwar Ibrahim Dkwa Dihubungi Sultan Johor Dapat Perkenan Jadi Kerajaan Tanpa Tun Mahathir

Perhatian: Penulisan ini merujuk kepada sumber asal : https://malaysiapolitik.com/?p=1662 dan https://suara.tv/05/06/2020/anwar-dakwa-dihubungi-sultan-johor-untuk-pkr-terajui-kerajaan-negeri/

MALAYSIA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku dihubungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi merampas semula pentadbiran kerajan negeri daripada kerajaan sekarang iaitu Perikatan Nasional (PN) dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Menurut bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Anwar Ibrahim sendiri ketika bertemu dengan mereka pada hari Rabu yang lalu.

“Beliau bersungguh-sunguh bagi meyakinkan bahawa Sultan Johor pernah menghubunginya bagi meminta terus usaha mengambil alih kerajaan negeri, katanya Sultan Johor kerajaan baharu itu wajib tanpa Mahathir.”

“Anwar Ibrahim turut mengatakan bahawa beberapa raja-raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal iaitu pemangku Sultan Pahang katanya menyokong dia sebagai Perdana Menteri selepas difahamkan, jelas Badrul lagi

Tambah Badrul dalam laman Facebooknya Khamis lalu, perjumpaan tersebut telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Gasing.

Sultan Ibrahim sebelum ini telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya masih terdapat perebutan kuasa dalam kalangan ahli politik di negeri Johor.

Baginda berjanji akan sentiasa mendahulukan rakyat dan menjamin kesejahteraan rakyat. Oleh itu baginda akan memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan mentadbir kerajaan negeri Johor.

Mengulas mengenai Anwar Ibrahim, Badrul mengatakan bahawa mereka kini ada 112 sokongan tetapi tidak akan bergerak sehingga ada 120 sokongan. Namun perkara itu agak mustahil kerana Dr  Mahathir mempunyai 5 sokongan kuat.

Anwar Ibrahim turut mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak mampu untuk kawal permainan politik yang sedang berlaku. Malah sokongan daripada Maszlee dan Shahruddin dikatakan memihak kepada Anwar Ibrahim bukan lagi Mahathir.

Pendedahan itu dilakukan ekoran tindakan Anwar Ibrahim yang telah merakam dan mendedahkan perjumpaan tertutup yang telah diadakan.

Pagi itu (Khamis) telah tersebarnya gambar dan video rakaman dari jauh dengan sengaja memanipulasi dengan tagline jahat oleh para golongan macai Anwar kononya saya jumpa Anwar bagi mendapat insuran.

Ternyata Anwar Ibrahim ahli politik penipu dan membelit tak ada nilai gentleman. Saya sudah hantar pesanan whatsapp kepada Anwar Ibrahim bagi mendapatkan penjelasannya.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*