Anwar Ibrahim PersoaI Kenapa Bantuan Rakyat Tidak Dibahas di ParIimen, Ini Jawapan Padu TSMY

MALAYSIA: Tadi telah bermulanya sidang Parlimen selepas lama berhenti disebabkan oleh pandemik cov-19. Dalam sidang tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Beliau mempersoalkan mengapa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh kerajaan menelan kos yang tinggi namun kerajaan tidak membentangkan atau dibahaskan di parlimen sebelum diberikan.

Disebabkan persoalan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi itu terpaksa diumumkan sebelum sesi parlimen bermula kerana kerajaan mahu memberi bantuan segera kepada rakyat dan perniagaan yang telah terjejas.

Ini kerana Parlimen ketika itu belum boleh dimulakan namun dalam masa yang sama rakyat dalam keadaan mendesak atau sangat memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Jadi inisiatif yang diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan nasib dan hak rakyat dapat dijamin. Oleh itu, kerajaan harus bertindak segera agar bukan sahaja nasib rakyat dibela namun semua sektor lain dijaga oleh kerajaan.

“ Saya dan kerajaan tiada pilihan lain kecuali berpendapat memberikan tindakan segera kepada rakyat sebelum Parlimen bersidang. Jika belum dibentang, Insha Allah Menteri Kewangan akan memberikan pembentangan secara terperinci mengenai berpuluh insentif yang diumumkan oleh kerajaan”– Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini kerajaan di bawah kepimpinan TSMY mengumumkan berpuluh bantuan kewangan untuk rakyat bagi membela nasib dan meringankan beban rakyat ketika melalui fasa pandemik cov-19.

INFO RENTAS ASIA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*