Bapa Salah Seorang Mngsa Letupan Kompleks Bersepadu Pengerang Ceritakan Apa Yang Berlaku 1 Jam Sebelum Kejadian

“ KAMI berbalas mesej melalui kumpulan WhatsApp keluarga, semalam tetapi saya hairan apabila mesejnya terhenti pada 9.45 malam, rupanya arwh terbabit dalam insiden berkenaan,” kata Fadzil Hassan, 55.

Dia adalah bapa Fadhi Akmal, 29, salah seorang daripada lima mgsa yang maut dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, malam tadi.

Fadzil berkata, berikutan bimbang dengan keadaan anak kedua daripada tujuh beradik itu, dia cuba beberapa kali menghubungi arwh yang bekerja sebagai juruteknik di kompleks berkenaan pada 8.30 pagi tadi, namun gagal kerana talian ditutup.

FADHI Akmal, salah seorang mgsa yang maut dalam kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi

“ Malam tadi arwh ada tanya khabar kami sekeluarga melalui WhatsApp, arwh ada bergurau dengan adik-beradiknya sebelum mesej terhenti begitu sahaja.

“ Saya menyangka arwh sedang sibuk, lagi pun selalunya arwh akan menghubungi saya setiap pagi, namun pagi tadi arwh tidak berbuat demikian.

“ Saya cuba menelefonnya beberapa kali, namun telefonnya seperti dimatikan,” katanya ketika dihubungi di Sungai Petani, hari ini.

Fadzil berkata, dia menerima perkhabaran berhubung kejadian menimpa anaknya daripada pihak pengurusan tempat arwh bekerja kira-kira 10 pagi tadi.

Menurutnya, meskipun terkejut dan sedih, namun dia sekeluarga reda dengan apa yang sudah tertulis buat anaknya itu.

Katanya, dia sedikit terkilan apabila hasrat arwh membawanya serta isteri, Muhizah Mustafa, 54, melihat rumah yang baru dibelinya di Kota Tinggi selepas Hari Raya Aidilfitri ini tidak kesampaian.

“ Kali terakhir arwh pulang ke kampung pada minggu lalu, dan dia kata raya (Aidilfitri) ni tak dapat cuti, tapi lepas raya dia nak bawa saya dan isteri tengok rumah barunya yang baru dibeli.

“ Dia kata rumah berkenaan sedang diubah suai dan dijangka siap selepas Hari Raya Puasa, nanti siap dia kata nak bawa kami, tapi apakan daya hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.

Difahamkan, jnzah Allaharham akan dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebum1kan di Tanah Perkubuuran Islam Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, esok.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit : Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*