
YANG di-Pertuan Agong bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.
Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.
Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk Covid-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.
Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan Covid-19.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.
Secara Ringkas Apa Yang YDPA Titahkan
Malaysia hadapi COV19 sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kuat, cekal dan berdisiplin – Agong
Istiadat Pembukaan #Parlimen dalam suasana berbeza daripada kelaziman kerana perang ke atas #COVID-19 – Agong
Petugas barisan depan tampil penuh dedikasi hadapi #COV19, hargailah sumbangan dan pengorbanan mereka – Agong
Agong yakin PM @MuhyiddinYassin akan membawa negara mendaki persada kejayaan
Agong seru majikan tidak buang pekerja sewenang-wenangya ekoran perniagaan terjejas akibat wabak #COVID-19
Tindakan prokovasi perlu dibendung, elak jadi wabak kepada kestabilan negara – Agong
Peningkatan aktiviti ketenteraan kuasa besar asing di Laut China Selatan wajar diberi perhatian – Agong
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman – Agong
Agong seru tangani salah guna dadah, penyeludupan dan pemerdagangan manusia
Kerajaan perlu rangka pendekatan komprehensif tangani kemasukan pendatang asing tanpa izin – Agong
Ahli Parlimen perlu menjiwai keluh kesah rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa
Harian Metro / MKN
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply