APMM Kesan Sebuah Lagi Bot Rohngya Siap Sedia Untuk Masuk Ke Malaysia

SEBUAH lagi kapal yang membawa kira-kira 300 pel4rian r0hngya dikesan berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand selepas gagal memasuki perairan negara ini.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindket membawa masuk pendatang terbabit sudah berada di perairan ThaiIand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, BangIadesh pada Februari lalu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan sudah puluhan kali cuba untuk masuk ke perairan negara, namun gagal kerana dikesan penguat kuasa APMM.

“Kini mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

“Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mohd Zubil berkata, sindiket dari Mynmar akan berhubung dengan sindiket di ThaiIand untuk membekalkan makanan dan minyak untuk kapal berkenaan.

“Memang tidak ada kapal yang mampu bertahan selama empat bulan di laut kecuali dibekalkan dengan semua keperluan termasuk makanan, minyak dan keperluan lain.

“Ejen ini didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan sindiket di ThaiIand dan Myanmar,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya percaya sindket terbabit dalam memperdagangkan orang dan kos membawa masuk semua pelarian berkenaan di tanggung oleh ejen.

“Ejen akan menanggung kos sebelum semua pelarian ini mendapat pekerjaan dan akan mengambil wang hasil pekerjaan mereka sebagai timbal balas.

“Pemantauan, rondaan dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas masuk ke perairan negara,” katanya.

Hantar semua pelarian terkandas

“Saya akan minta Kementerian Luar berbincang dengan kerajaan BangIadesh. Kita akan hantar semula pel4rian r0hngya ini ke Cox’s Bazar atau pulau Bashan Char di selatan negara itu,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas mengenai kes 269 pel4rian r0hngya yang menceroboh perairan Langkawi kelmarin hingga mencetuskan kegus4ran orang ramai berhubung tahap keselamatan dan kawalan perairan negara.

Selain itu katanya, Kementerian Luar juga diminta mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai PeIarian (UNHCR) untuk menghantar pel4rian terbabit ke negara ketiga.

“Banyak negara yang mempersoalkan bagaimana Malaysia menguruskan r0hngya ini. Ada negara kata kita tidak berperikemanusiaan.

“Jadi, kita minta mereka menerima peI4rian r0hngya daripada Malaysia kerana mereka juga adalah ahli Konvensyen Mengenai PeIarian 1951.

“Kita tegas…kali ini tidak boleh terima lagi dan akan bincang untuk hantar balik r0hngya. Kalau negara ketiga dapat terima peIarian r0hingya ini. Kita harap dapat selesaikan,” katanya pada sidang media harian.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasa yang membenarkan 269 pelarian r0hngya terbabit masuk ke Langkawi, Ismail Sabri berkata, ia dilakukan adalah atas dasar kemanusiaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Beliau berkata, ketika pel4rian terbabit memasuki perairan negara ada antaranya bertindak terjun ke laut, selain bot diboc0rkan dan enjin dirosakkan sebagai modus operandi mereka untuk memasuki negara ini.

“Kita tidak mempunyai banyak pilihan sama ada kita nak membiarkan mereka mti di laut atau selamatkan atas dasar kemanusiaan.

“Saya percaya ramai menganggap mengapa kita terlalu baik, tetapi atas dasar kemanusiaan tak kan kita nak biarkan anak kecil dan orang tua mti di dalam laut di depan mata tanpa kita selamatkan mereka,” katanya.

POP MEDIA HIBURAN TERKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*