Rupa-rupanya Objek Yang Ditemui Bukan Muntah Puas, Tetapi Adalah Objek Ini

Aida akur jika objek ditemui bukan muntah paus.

Terima keputusan ujian dilakukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan hati terbuka, tidak kecewa.

CHUKAI: “Saya puas hati dan akur dengan keputusan itu,” kata Aida Zurina Long, selepas dimaklumkan objek ditemuinya ketika memancing dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lalu, tidak menunjukkan tanda-tanda ia adalah muntah muntah paus.

Aida, 41, dari Kampung Kemasik menerima keputusan ujian yang dilakukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dengan hati terbuka dan tidak kecewa kerana dia sendiri pun tidak berani mengesahkan itu muntah paus yang asli, termasuk meletakkan harga objek berkenaan.

“Sebab itulah saya minta bantuan semua pihak dan buat kajian terlebih dahulu untuk mengesahkan ketulenannya,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah, dia mengetahui perkembangan kajian itu itu selepas membaca laporan portal petang ini dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

“Saya dan suami berterima kasih kepada UMT serta Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun yang sudi membantu kami melakukan ujian itu. Kalau boleh saya hendak lihat laporan keputusan hasil ujian dibuat UMT untuk simpanan pihak kami,” katanya.

Aida berkata, apa pun keputusan akhir kajian yang dilakukan, dia akan terus menyimpan objek berkenaan sebagai kenangan.

Terdahulu, UMT memaklumkan objek yang didakwa muntah ikan paus atau ‘ambergris’ itu kini di peringkat akhir gujian yang dijalankan universiti berkenaan.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profe Madya Dr Hasrizal Shaari, berkata pihaknya sudah melakukan ujian terhadap bahan berkenaan selama satu minggu bagi menentusahkan bahan berkenaan adalah muntah ikan paus atau bukan.

Katanya, kajian dijalankan bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Dungun, sudah melepasi beberapa peringkat dan setakat ini belum ada tanda-tanda bahan berkenaan adalah muntah ikan paus kerana tiada tiga bahan aktif utama yang terdapat pada ambergris tulen.

Menurutnya, daripada pandangan mata kasar, bahan itu memang nampak seakan sama seperti ketulan muntah ikan paus dan hanya ujian makmal sahaja dapat menentukan sama ada ia ambergris atau bukan.

“Ketulan didakwa muntah ikan paus pernah ditemui di perairan negara dan sejak Januari hingga kini, kami melakukan kajian terhadap 18 sample diterima, namun semua sample itu disahkan bukan ambergris.

“Bahan itu kemungkinan lemak sayur dan sebagainya yang terkumpul atau gumpalan sisa lain yang dibuang ke laut, tetapi hasil kajian ia terbukti bukan ambergris,” katanya.

Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth, England.

Selasa minggu lalu, media melaporkan seorang wanita menemui objek dipercayai muntah ikan paus ketika sedang memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang bersama keluarga pada akhir bulan lalu.

Wanita terbabit, Aida Zurina Long, 41, pada mulanya menyangka objek aneh itu adalah sampah sebelum diberitahu bapa ia adalah muntah ikan paus.

Berikutan itu, FRI Rantau Abang ke rumah wanita terbabit di Kemaman untuk mendapatkan sample sebelum diserahkan kepada PPPL UMT minggu lalu untuk ujian makmal. -HM

Sumber/Kredit: hmetro, bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*