
MALAYSIA: Tempoh hari penyanyi Black Hanifah dan Tomok meluahkan pendapat mengenai nasib rakan artis ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mana dikatakan turut terkesan secara langsung. Kenyataan mereka mendapat kritiikan ramai kerana golongan artis dianggap hidup mewah dan tidak memerlukan bantuan kerajaan seperti diminta. Pelawak Shuib Sepahtu tampil menjelaskan pandangan rakan artisnya itu dan menepis segala kecaaman netizen.
Bukan untuk diri sendiri
Menurut Shuib, rakan-rakannya bukanlah meminta bantuan untuk diri sendiri, namun mewakili penggiat seni lain yang menerima impak besar kerana PKP. Mereka keluarkan kenyataan untuk mewakili artis-artis lama, artis veteran, penggiat seni lain macam pengarah, penulis skrip, make-up artis dan sebagainya. Sebab bila ada PKP confirm diorang takda job. Berapa lama ni? Kita pun tak tahu berapa lama akan berada dalam PKP.
Selain itu, kenyataan Black dan Tomok juga dipertikai kerana artis tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Namun, Shuib menegaskan golongan artis turut perlu dibantu kerana mereka juga sebagagian rakyat Malaysia yang menghiburkan rakyat selama ini.
Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show, artislah buat persembahan untuk hiburkan korang. Artis dan juga barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan.
Mungkinlah kerajaan boleh keluarkan bantuan khusus untuk artis dan penggiat seni yang tak ada job langsung. Itu saja. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada nak buat macam mana? Begitulah, namun lebih baik kita mendoakan yang terbaik dan semoga Malaysia bebas daripada wbak. Min mendoakan semua masyarakat bersatu padu dalam mengeratkan silaturahim dan patuh rukun-rukun negara.
Sumber: ohbulan & ig shuib sepahtu viaĀ studioviralmania
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply