Arwah Pengasas Budu Cap Ketereh Memesan Sesuatu Kepada Anak Sebelum Menghembus Nafas Terakhir

TUMPAT – Pengasas Budu Cap Ketereh, Ismail Jusoh sempat berpesan kepada anaknya supaya menjaga baik kilang budu diusahakan sebelum menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Allahyarham Ismail yang berusia 69 tahun itu meniinggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 8.05 malam.

Usahawan yang terkenal sebagai pengeluar budu jenama buah ketereh itu meniinggal dunia akibat tekanan darah rendah.

Anaknya, Mohd Izwan Ismail, 33, berkata, pesanan itu menjadi penguat semangat untuknya dan adik-beradik seramai lapan orang meneruskan legasi budu cap Ketereh yang diusahakan ayahnya sejak 40 tahun lalu.

Mohd Izwan menunjukkan gambar arwah ayahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ketil.
Mohd Izwan menunjukkan gambar arwaah ayahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ketil.

“Ayah pesan jaga molek kilang budu cap ketereh ini. Legasi Budu Cap Ketereh akan diteruskan saya dan adik-beradik memandangkan kami sudah menceburi bidang ini dari awal lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Ketil di sini, hari ini.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Izwan Ismail, arwaah ayahnya dimasukkan ke HUSM sejak 8 Disember lalu.

Menurutnya, ayahnya dimasukkan ke HUSM pada 8 Disember lalu disebabkan tekanan darah rendah sebelum keadaannya semakin lemah dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan allahyarham mengidap kanser darah tetapi masih di peringkat awal.

“Awal Januari ayah menjalani kemoterapi tetapi keadaannya semakin lemah mungkin disebabkan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan jantung.

“Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan kampung Ketil jam 7.30 pagi tadi,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Husien, 65 dan lapan anak.

Jenama Budu Cap Ketereh dikenali bukan sahaja seluruh negara bahkan luar Malaysia termasuk Arab Saudi dan Eropah.

Ia diusahakan oleh Allahyarham sejak lebih 40 tahun lepas dan masih utuh serta mampu bertahan di pasaran walaupun pelbagai jenama budu lain menjadi pesaingnya.

Sumber Artikel : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*