AURA ‘Kelainan’ Yang Dibawa Najib Ini Bantu Menangkan BN Di Cameron Highland – Pakar

KUALA LUMPUR: Badan penyelidik Ilham Centre meramalkan Barisan Nasional (BN) akan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan pada Sabtu.

Antara faktor yang membantu BN mengekalkan kerusi Cameron Highlands ialah aura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang membantu kempen PRK kali ini.

Tinjauan Ilham Centre yang dilakukan pada 22 hingga 24 Jan juga menggariskan kempen PAS secara agresif bakal membantu kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor.

“Selaku mantan perdana menteri dan anak jati Pahang, ternyata aura Najib Razak masih dirasai oleh penduduk setempat dan kes-kes pendakwaannya di mahkamah tidak memberi kesan negatif di lokaliti ini.

“Namun BN juga berhadapan risiko dengan penglibatan Najib dalam kempen ini. Sebagaimana kajian pra dan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas mendapati Najib adalah faktor rakyat menolak BN.

“Penglibatan beliau kali ini mencetus kembali kebencian dan penolakan pengundi kelas pertengahan terhadap BN. Ini boleh jadi senjata makan tuan (backfire) yang tidak disedari oleh BN sekali lagi, khususnya daripada pengundi senyap (silent voters). Namun jumlah ini adalah kecil dan tidak memberi impak,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal.

Azlan juga berkata selain Aura Najib dan faktor kempen agresif PAS, Pakatan Harapan juga bakal berdepan kekalahan atas faktor kekecewaan pengundi Melayu terhadap isu kedudukan hak mereka dan agama Islam.

Selain itu, Azlan turut meletakkan isu setempat seperti kejatuhan merudum harga komoditi sawit sejak PH memerintah akan menjadi faktor membantu BN memperoleh kemenangan.

“Ramli Mohd Nor, calon BN kelihatannya mendapat tempat di sisi orang Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai manakala calon PH, M Manogaran pula mempunyai tapak sokongan orang bukan Melayu di DUN Tanah Rata, meninggalkan dua calon bebas lain,” katanya.

Bagaimanapun, Azlan mengakui kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat dijangka dapat menambah momentum kepada kempen PH, khususnya kepada pengundi veteran Umno.

Tinjauan Ilham Centre dilakukan secara tatap muka terhadap 402 responden di P078 Cameron Highlands meliputi semua segmentasi kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti.

Kaedah tinjauan yang diguna pakai ialah persampelan rawak berstrata, dengan ralat kajian pada 2.03 peratus.

Selain Ramli dan Manogaran, dua calon bebas bagi PRK Cameron Highlands ialah bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib dan petani Wong Seng Yee.

Sumber: astroawani

Berduyun-duyun nak masuk PH, jadi buat apa pilih BN? – Tun M

Berduyun-duyun nak masuk PH, jadi buat apa pilih BN? - Tun M

Dr Mahathir menyeru pengundi di Felda Sungai Koyan memilih calon PH, M Manogaran pada hari pengundian PRK Cameron Highlands 26 Januari ini. – Foto Astro AWANI/Shahir Omar

JELAI: Tiada gunanya lagi memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO memandangkan parti itu sudah berpecah serta tidak dapat diselamatkan lagi, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kunjungannya di sini pada Jumaat, Dr Mahathir menyeru pengundi di Felda Sungai Koyan memilih calon PH, M Manogaran pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari ini.

“BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak sebab itu, kita buang Najib daripada jawatan perdana menteri dan lepas itu beliau kena buang oleh parti sendiri.

“Ramai orang UMNO jumpa saya termasuk (timbalan presiden Datuk Seri) Mohamad Hasan, (presiden UMNO Datuk Seri Dr) Ahmad Hamidi jumpa juga nak kerjasama.

“Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada UMNO kerana mereka tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin UMNO tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka?” soalnya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa hadir berkempen di kawasan yang terdiri daripada majoriti Melayu ini yang juga merupakan kubu kuat BN

Sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*