Awal Ashaari Kata Kalau Betul Sajat Ini Istimewa, Dia Pun Ada Hak Untuk Ke Tanah Suci, Bercinta Dan Berkahwin 

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari menggesa agar pihak berkuasa segera melakukan sesuatu untuk menamatkan kontroversi yang membabitkan kecelaruan jantina.

Kata Awal, isu terbabit semakin serius hingga menjadi isu negara dan diperkatakan umum.

Saranan Awal itu juga, demi kebaikan bersama semua pihak termasuk individu yang sedang namanya menjadi sebutan ramai khususnya usahawan kosmetik Nur Sajat.

“ Orang yang buat kontr0vers1 senyum, satu Malaysia cakap pasal dia. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.

“ Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif.

“ Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga.

“ Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.

“ Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya.

“ Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif.

“ Apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan, dia berhak untuk ke Tanah Suci Makkah, bercinta dan berkahwin.

“ Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan jantinanya.

“ Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci Makkah.

‘ Bila sudah selesai, nak buat apa pun orang takkan pertikai,” katanya.

Ahad lalu, nama Nur Sajat menjadi kontroversi apabila mengenakan pakaian jemaah wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah sehingga tular di media sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*