Mat Sabu Dah Padam Posting Tadi,Tapi Awal Awal DS Najib Dah Screenshot Dan Sebarkan

“KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA”

“Parti Amanah Negara (AMANAH) amat menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu yang telah pon menolak permohonan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar darurat di istiharkan di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.”

“Dari Parti AMANAH meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambilkira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara.”

“Parti AMANAH telah mengambil menjunjung kasih titah Baginda dan akan menyokong segala usaha memerangi pendemik Cov19 dan berjanji akan bersama sepenuhnya dalam usaha ini.”

“Ampun Tuanku, MOHAMAD SABU, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH). 25 Oktober 2020″

Demikian satu hantaran dikongsikan dari Mat Sabu di FB beliau yang mengundang pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Dari kenyaatan tersebut ianya merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Walau bagaimanapun, hantaran itu dikatakan sudah pon diubah di mana hantaran terdahulu Mat Sabu telah mengundang kec4man dari orang ramai.

Ini kenyataan awal dari Mat Sabu yang sempat di ‘screenshot’ oleh Najib Razak

Bagaimanapun, kenyataan di atas adalah kenyataan awal dark Mat Sabu sebelum dipadam dan dimuatnaik dengan hantaran baru seperti di atas.

Ia susulan dari bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perkongsiannya di FB telah memuatnaik tangkap layar hantaran awal yang ditulis oleh Mat Sabu

“Laju bang Mat ambil kesempatan. Eh.. ini game elefan lawan elefan. Kenapa tertiba dia menyibuk pulak?” tulis Najib lagi.

Mat Sabu dalam kenyataan awal beliau telah menyentuh berkenaan perdana menteri dengan meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Ianya telah mengundang reaksi pantas oleh orang ramai kerana YDP Agong baru sahaja bertitah semua pemimpin politik agar tidak mengganggu kerajaan sedia ada.

Berikut hantaran awal Mat Sabu sebelum di padam

“Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat. Kami meminta Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat.”

“Ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia.” tulis Mat Sabu dalam hantaran terdahulu yang mengundang kec4man ramai.”

Terdahulu Tuanku Agong ada mengingatkan kepad kesemua ahli politik agar menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu atau pon boleh gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” kata pihak dari istana.”

Sumber : limau ais via News Allmhi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*