BakaI Diusir KeIuar Dari MaIaysia, Rayhan Kabir MuIa Bersuara Tapi Ayat Dia Buat 0rang Lagi Geram

Selepas diburu pihak berkuasa selama dua minggu, lelaki warganegara Bangladesh yang memberi gambaran buruk terhadap Malaysia dalam satu temubual dengan saluran berita antarabangsa, akhirnya berjaya ditahan.

Rayhan atau nama sebenarnya Md Rayhan Kabir dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.

Selepas ditahan, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata, Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

” Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

” Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka.

” Lelaki BangIadesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rayhan bersuara..

Sementara itu, selepas beberapa jam ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia, Rayhan telah bersuara dan menjelaskan tentang apa yang beliau perkatakan kepada Al-Jazeera sebelum ini.

” Saya tidak melakukan jenayah dan tidak menipu. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

” Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin serta percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,”

Demikian kata-kata lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang menghantar pesanan WhatsApp kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star malam tadi.

Dalam laporan media Bangladesh itu, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki terbabit masih dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan polis turut akan menyiasat berkaitan kenyataan dikeluarkan olehnya dalam wawancara itu sebelum ini.

ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*