Bapa Ini Tidak Putus Harapan. Cetak Gambar Anak Pada Baju Antara Usaha Untuk Mencari Anaknya Yang Masih Hilang

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dilahir dan dijaga mereka sejak dari kecil hilang begitu sahaja dalam sekelip mata. Sejak dari dahulu lagi, pelbagai berita kehilangan kanak-kanak dilaporkan media sehingga ada daripadanya masih belum berjaya dijejaki sehingga kini.

Seorang bapa ini berkongsikan coretan sayunya di laman Facebook apabila anak lelaki yang baru berusia 8 tahun sudah hilang hampir setahun dan gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Malah apa yang menyedihkan, dia sehingga kini telah melakukan pelbagai cara semata-mata untuk mencari anaknya termasuklah memakai baju yang dicetak gambar anaknya tersebut demi mencari semula insan kesayangannya itu.

Pelbagai fitnah turut dilemparkan

Hari ke- 245 besamaan 8 bulan 3 hari masih tidak dijumpai

Assalamualaikum.wbt.

Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini. Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah dilontarkan. Kami redha ketentuan Ilahi.

Di dalam hati tidak pernah berputus-asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama, supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui.

Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui segalanya, aku berserah kepadaMu Ya Allah. Temukanlah anakku, Zahir.

Luahan yang dibuat lelaki itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikutnya. Ramai yang berharap agar kanak-kanak tersebut segera ditemui. Malah tidak kurang, mereka juga turut mendoakan agar keluarga tersebut diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang diberika Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Facebook Mohd Fauzi via OH BULAN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*