Bapa Meluahkan Rasa Rindu Selepas 11 Tahun Tidak Berjumpa Anaknya Yang Sekarang Berada Di Penjara Guangzhou

PASIR PUTIH: Walaupun sudah 11 tahun anak sulungnya di Penjara Guangzhou, China kerinduan keluarga terhadap Umi Azlim tidak pernah padam dan sentiasa dikenang dalam ingatannya.

Setiap kali solat, Mohamad Lazim Jusoh, 61, tidak pernah lupa untuk mendoakan anak kesayangannya itu yang dihuukum pnjara kerana menyeludup h3r0in ke negara berkenaan.

Bapa empat anak itu berkata, kali terakhir dia bercakap dengan Umi Azlim dua tahun lalu ketika wanita itu memaklumkan akan dibebaskan dalam tempoh tujuh tahun lagi.

GAMBAR UMI AZLIM KETIKA DI PENJARA GUANGZHOU

Besar harapannya agar Umi Azlim dibebaskan dan kembali ke tanah air pada suatu hari nanti.

“Mengikut perkiraan saya, Umi Azlim akan keluar lima tahun lagi iaitu pada 2023.

“Kami tidak sabar untuk menemuinya selepas sekian lama terpisah dan saya juga melupakan kisah yang menyebabkan dia menanggung derita ini.

“Apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya, selain mampu menjadi pengajaran kepada semua.

“Sebaik Umi Azlim pulang, dia akan menjalani kehidupan baharu dan sejarah itu akan mematangkannya.

“Perkhabaran terakhir saya dimaklumkan dia fasih berbahasa Mandarin, selain turut menjadi tenaga pengajar dalam penjara,” katanya yang tinggal di Taman Desa, di sini.

Pada 2007, Umi Azlim, 34, dijatuhi huukuman [email protected] oleh mahkamah di China selepas didapati bersalah meny3ludup lebih dua kilogram h3r0in ke negara itu.

Namun hukuman terbabit diringankan kepada penjara seumur hidup, sebelum kerajaan China membenarkan hukuman penjara dikurangkan kepada sembilan tahun pada 2014.

Mohamad Lazim berkata, dalam doanya dia memohon Umi Azlim terus tabah dan kuat menjalani baki huukuman berkenaan dan mereka sekeluarga tidak sabar untuk bertemunya.

“Sudah dua tahun Umi Azlim tidak menghubungi kami sekeluarga dan tidak menghantar surat.

“Mungkin dia sudah tidak dibenarkan berbuat demikian dan saya akur asalkan dia sihat serta dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*