“Bayangkan Beritahu Kawan Kawan Yang Bapa Kau…” – Tamat Tadika, Netizen Usik Anak Lee Chong Wei

Jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong Wei mencuri perhatian wargamaya apabila menghadiri majlis konvokesyen pra-sekolah anak sulungnya.

Menerusi laman sosial Twitter, Chong Wei berkongsi beberapa keping foto momen membanggakan tersebut untuk tatapan umum.

“Hari ini saya menghadiri majlis ‘konvokesyen’ pra-sekolah anak saya, Kingston.

“Kingston buat saya bangga. Dia meraih dua anugerah. Satu anugerah untuk ejaan. Saya tak boleh eja perkataan ‘mengeja’ pun semasa saya berumur 6 tahun,” tulisnya di ruangan kapsyen

Turut sama hadir menyaksikan majlis graduasi pra-sekolah anak mereka adalah isterinya, Datin Wong Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain badminton perseorangan wanita negara.

Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, ramai wargamaya yang tumpang gembira dengan kejayaan anak jaguh badminton dunia itu.

“Bayangkan beritahu kawan-kawan yang bapa kau adalah Lee Chong Wei,” usik seorang wargamaya.

“Dan mak kau pula adalah Wong Mew Choo, fuhh,” ujar seorang netizen.

“Nanti kalau kena buat presentation pasal ayah, senang suruh je cikgu Google Wikipedia dah lengkap detail,” kata seorang wargamaya.

“Bayangkan balik sekolah, Lee Chong Wei yang datang ambil dia kat sekolah,” komen seorang netizen lagi.

Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 10 November 2012 selepas 11 tahun bercinta.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Kingston Lee, 6 dan Terrence Lee, 4 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : berita steady

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*