Baru Diijabkabul Sebulan Telah Pergi Meniinggal Dunia. Ini Luahan Sedih Bapa Pengantin Lelaki

ROMPIN: Genap sebulan selepas menikmati hidup berumah tangga, pasangan Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 dipanggil mengadap Ilahi setelah terlibat dalam ke malangan di sini awal pagi tadi.

Dalam ke malangan pada 1.30 pagi Ahad, Mohamad Syahmi bersama isterinya Nur Diana ma ut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang dinaiki 30 penumpang.

Ke malangan itu turut meragut nyawa dua lagi sepupu Mohamad Syahmi, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, dan Yasmin Aliah Hazemi, 12.

Luahan Bapa Pengantin Lelaki Juga Anak Sulung

Dijemput ajal genap sebulan menikah

Menurut ayah Mohamad Syahmi, Mohd Rawi Manab, 50, dia tidak menyangka hasrat anak sulungnya itu untuk menghantar barang adik bongsunya (lelaki) yang berusia 20 tahun ke Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah akan berakhir dengan trag3di.

“Sepatutnya saya yang hantar, tetapi dia menawarkan diri untuk berbuat demikian kerana ingin berjalan-jalan ke rumah neneknya di Mersing sebelum berkonvoi Teluk Chempedak, Kuantan bersama sebuah lagi kereta.

“Semasa dalam perjalanan pulang itulah mereka terlibat dalam ke malangan dan menurut anak bongsu saya yang memandu sebuah lagi kereta, dia terdengar bunyi letupan sebelum menyedari kenderaan Mohamad Syahmi terlibat dengan ke malangan itu,” katanya ketika ditemui Bernama di Unit Forensik, Hospital Rompin di sini hari ini.

Sepanjang temu bual itu, Mohd Rawi yang berasal dari Johor Bahru tidak dapat menahan rasa sebak dan terpaksa berhenti beberapa kali bercakap disebabkan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Barang-barang perkahwinan pun masih belum habis dikemas sebab dia dan isterinya bercadang untuk pindah ke rumah sewa di Taman Perling, Johor Bahru,” katanya.

Ibu kepada dua beradik berkenaan bagaimanapun tidak dapat ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kehilangan mengejut anaknya itu, malah turut kelihatan hampir pengsan selepas melihat jasad dua anaknya di dalam bilik mayat.

Sementara itu, kakak kepada Nur Diana, Nur Hadira Aifa, 25, tidak menyangka pesanan adiknya kepada ibu mereka bahawa dia ingin bercuti lama di Mersing semalam merupakan petanda dia akan dikebumikan di situ.

“Dia beritahu hendak bercuti lama sedikit sebab ini kali pertama Nur Diana berjalan jauh ke rumah nenek Mohamad Syahmi di Sri Pantai Mersing selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Nov lalu selepas setahun bercinta,” katanya.

Baru-baru ini, katanya adiknya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradil itu juga sempat meninggalkan pesanan supaya memadamkan akaun Facebooknya jika terjadi sesuatu pada dirinya.

Jenazah kesemua mangsa difahamkan akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Sri Pantai Mersing petang ini.

Sumber Artikel : Astro Awani

Sebulan Nikah, Pengantin Baru Temui Ajal Bersama, Sempat Titip Pesanan Terakhir

Dalam pada itu, kakak Nur Diana Afifah, Nur Nadira Aifa, berkata adiknya sempat berpesan supaya memadamkan Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.

Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini.

Semua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*