Baru Dua Bulan Kenal Terus Bertunang, Tasha Shilla Dedahkan Kenapa Lelaki Ini Menjadi Pilihan Hatinya

PELAKON Tasha Shilla, 33, selamat bertunang dengan lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, selepas berkenalan selama dua bulan pada majlis yang berlangsung di sebuah premis acara, di Petaling Jaya, hari ini.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak berkata dia gembira akhirnya bertemu cinta sejati dan tidak mahu menunggu lama untuk menghalalkan hubungan.

Tasha dah jadi tunang orang

“ Sewaktu berjumpa Atiq, saya sudah dapat rasa cinta sejati pada dirinya walaupun perkenalan kami singkat.

TASHA Shilla (kanan) dan Muhammad Atiq ketika majlis pertunangan. FOTO Hairul Anuar Rahim

“ Saya pun tidak menjangka akhirnya dapat mengadakan majlis bertunang hari ini. Alhamdulillah, majlis dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.

Menurut Atiq pula, dia terpikat dengan keperibadian Tasha yang sangat menyenangkan hingga membuatkan dia tidak tunggu lama untuk menyunting pelakon itu menjadi suri hati.

“ Saya mula mengenali dia pada sebuah acara amal yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Biarpun luarannya nampak garang tapi Tasha seorang yang baik dan lembut.

“ Dia juga seorang yang dahulukan keluarga serta sukakan kanak-kanak. Selain itu dia wanita yang menjaga solat,” katanya.

IBU Muhammad Atiq menyarungkan cincin ke jari Tasha Shilla. FOTO Hairul Anuar Rahim

Pasangan itu disatukan dalam acara yang turut membabitkan kedua pihak keluarga serta sahabat terdekat.

Ibu Atiq iaitu Rahimah Yeop menyarungkan cincin ke jari Tasha sebagai tanda ikatan pertunangan.

Pada majlis itu, pihak lelaki menghadiahkan sebentuk cincin, tapak sirih, dan beberapa hadiah sampingan.

Selepas bertunang, Tasha dan Atiq dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan ini.

Tahniah Tasha!

Berita perkongsian Tasha Shilla di laman Instagram miliknya turut mendapat ucapan tahniah daripada para pengikutnya yang mendoakan kebahagiaannya hingga ke jenjang pelamin.

Moga kekal hingga jenjang pelamin

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: HMETRO

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*