Baru Enam Hari Kahwln, Suami Dipercayai Lem4s Mandi Sungai

Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu petang semalam, lapor Bernama.

Lebih memilukan apabila mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu.

Menerusi laman Facebook, berita duka itu dikongsi kakak ipar mangsa Asma Ramlee dengan memuat naik sebuah posting berdoa agar urusan pencarian Ami atau dikenali sebagai Ijo dipermudahkan.

Tiada daya upaya kami selain Allah

“Adik ipar saya lemas di Tasik Kenyir, jasadnya masih belum ditemui. Baru 6 hari dorang kahwin, berat ujian ni buat kami sekeluarga.

‚ÄúMinta kawan2 doakan urusan pencarian mangsa dpermudahkan‚Ķ Aamiin ya rabbal alamin,‚Ä̬†tulisnya dengan berkongsi gambar pengantin baru.

Selain itu, beberapa tangkapan skrin status WhatsApp dipercayai luahan hiba isteri mangsa yang berusia 22 tahun itu turut tular sehingga mengundang sebak orang ramai.

Mohon doa semua…

Timbul la… sayang rindu ni

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata beberapa saksi termasuk ahli keluarga dikatakan melihat mangsa berenang dari sebuah rumah rakit untuk mandi di sungai berkenaan.

Namun tidak lama kemudian, saksi dikatakan nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot.

‚ÄúSeorang daripada saksi terbabit yang juga anak pemilik rumah rakit, dikatakan cuba memberi pertolongan tetapi hampir lemas kerana mangsa memaut belakangnya,‚Ä̬†katanya.

Susulan itu, mangsa yang berasal dari Dungun dilaporkan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/Kredit : Bernama , Facebook

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*