Baru Hari Pertama, Azalina Othman Dah Buat MP Lain Tertawa. Sekali Bung Moktar Bangun Buat Lawak Juga

” Saya hari ini pertama bertugas, jadi slow and steady ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat semua..”

Itu kata-kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Azalina Othman hari ini yang berseloroh ketika hari pertama beliau menjalankan tugas itu dengan meminta ahli parlimen supaya bersikap ‘slow and steady’.

Kata-kata Azalina itu disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen lain yang berada di dalam dewan.

Sebaik Azalina berkata demikian, Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bangun dan memberi ucapan tahniah kepada Azalina.

” Tahniah kepada timbalan speaker wanita pertama di Malaysia..” kata Junaidi.

Kemudian kelihatan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun dan bertanya sekiranya seorang timbalan speaker wanita tidak perlu memakai topi ketika mempengerusikan sidang parlimen

” Tuan yang Dipertua, saya mahu tanya sikit, kalau yang Dipertua perempuan tak perlu pakai topi ka?” seloroh Bung Moktar.

Pelantikan Azalina tepat pada masanya

Ahli Parlimen Wanita Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pelantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan bersama 12 Ahli Parlimen PN itu mereka berkata, buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita untuk memegang jawatan itu.

Menurut mereka, pelantikan penuh bersejarah itu merupakan satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi.

“ Kami ahli Parlimen Wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai lalar belakang profesional sebagai seorang peguam bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia.

“ Bukan itu sahaja, kredibiliti Azalina turut dapat dibuktikan apabila beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekaligus menjadikannya pilihan terbaik buat kerajaan PN dalam usaha mereformasikan tadbir urus yang lebih telus.

“ Kami percaya dengan adanya kehadiran Azalina sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, ia bukan sahaja mengangkat martabat wanita di dalam negara bahkan menjadi contoh yang terbaik serta inspirasi buat seluruh wanita di Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Wanita PN terbabit diketuai Zuraida Kamaruddin, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Mastura Mohd Yazid, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Sri Rohani Abdul Karim serta Rubiah Wang.

ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*